Siapa suka pergi bazar ramadhan sila angkat tangan ke udara sambil melambai-lambai... Jangan lupa pakai deodorant. Haha! Dah start mengarut dah... OK, seriously, siapa yang betul-betul suka pergi bazar ramadhan? Setiap hari masa bulan puasa mesti tak miss pergi walaupun sekadar beli kuih RM2 (ada lagi ke kuih RM2?)...
Masa budak-budak dulu suka la pergi bazar ramadhan. Yela masa kecil-kecil dulu kan baru nk belajar puasa, ayah mesti ajak pergi bazar beli kuih. Siapa puasa penuh dapat upah berupa kuih pilihan sendiri dan air perisa water color Buncho. HAHAHA! Perasan tak dulu-dulu kalau orang jual air masa bulan puasa boleh katakan macam warna pelangi... Concentrate kan air tu boleh jadi water color untuk Pendidikan Seni...
Tapi sekarang ni dah tak minat pergi bazar ramadhan. Entah la, dah tak macam dulu.
Sebab-sebab tak suka pergi bazar ramadhan:
1. Abang penjual kuih tipu (APKT)
Rasanya mesti ramai yang pernah mengalami benda yang sama kan?
F : Bang, ni karipap inti apa?
APKT : Inti sardin. Sebiji 40 sen.
Tu dia, belum sempat tanya harga dia dah bagitau dulu. Makhluk tuhan bernama Fauzee ni pun beli la 5 biji. Maka masa buka puasa inti kentang semata-mata, tang mana ntah sardin nya. Sardin bunian agaknya. Sabar je la. Sekali beli lak donut bantat kan? Lagi la hangin...
2. Mak cik cekik darah a.k.a Pacat Lady
Ha, perasan tak harga makanan kat bazar sekarang makin menjadi-jadi. Kadang-kadang tak masuk akal.
F : Pulut panggang ni bape posen mak cik?
Sambil menunding kat pulut panggang saiz ala-ala pen marker white board.
Pacat Lady : 60sen
Terkedu jap... Inti emas ke apa?
F : Kenapa mak cik punya mahal?
Pacat Lady : Tepung ngan gula kan naik harga. Minyak lagi.
Apa kena mengena tepung, gula dan minyak petrol dengan pulut panggang? Mak cik ni hybrid kan bahan-bahan ni untuk buat pulut panggang ker? Bak kata Kak Peah, Sabau je la...
3. Laga, Sondol, Raba dan ...
Alamak, niat murni di hati nak beli kuih untuk berbuka buat santapan keluarga (ayat tak boleh blah) sekali sampai kat bazar makin berkurang pahala puasa. Bayangkan sambil tunggu turn nak beli murtabak boleh kena laga, sondol dan tak boleh blah kena raba. Nak beli murtabak je pun! Berlaga-laga la pulak dengan saiz double D. Saja je taw! Tak suka! Hahaha!
Time nak ronda-ronda survey kuih mesti kene sondol macam tak reti nak break plak. Ada pulak yang main mencelah je keja, takde Sivik tul.
Satu lagi sebab dah malas nak beli kuih kat bazar ramadhan sebab kuih yang mak buat lagi sedap. Makan la sampai kembang badan. So, bagi siapa-siapa yang suka pergi bazar tu lirik lagu ini ditujukan khas untuk korang...
Berhati... Berhati... Di bazar raya...
Berhati... Berhati... Di bazar raya...
Hahaha! Ok la, merapu banyak-banyak masa puasa pun tak elok... So...
Selamat Berpuasa, Selamat Membeli Kuih-Muih dan Selamat Berbuka...
p/s: Menu hari ini, Kuey Tiow Sup Seafood, Kuih Cucur Udang Special dan Pisang Goreng.