Siapa peminat fanatik Sex and The City (SATC)sila angkat tangan!!! SAYA!!!! *tangan melambai-lambai* Khamis lepas (dah seminggu baru nak update) aku, N dan DJ pergi tengok SATC2 kat Pavilion. Sanggup la drive dekat sejam pastu park kereta kat Pavilion, nasib baik kongsi2 bayar. Kalau tak duit habis buat bayar parking jer. Nasib la kat Seremban tak tayang SATC2.
SATC punya pasal, sanggup OK. Sama la macam peminat fanatik Beyonce, Rihanna atau pun Super Junior. Sanggup tu beli tiket beratus ringgit sebab minat punya pasal. Seseorang tu sila terasa sekarang. Hahaha!!! OK, melalut pulak.
Bagi sesiapa yang ada niat nak tengok SATC tu, sila pikir 2 kali kalau korang tak pernah tengok SATC the series. Kalau tak pernah tengok series, sama la macam makan nasi sambil tutup hidung - TAKDE FEEL. Lagi satu kalau rasa diri tu ala2 radikal hipokrit, tak payah la tengok. Daripada korang dok kutuk2 movie tu baik lah korang balik rumah tengok Astro Oasis jer.
Ni nak habaq mai!!! Dok cerita pasal orang ala2 radikal hipokrit ni, haish hangin la satu badan masa pergi tengok movie ni. Entah kenapa, tiap2 kali bila aku beriya-iya nak tengok movie mesti ada jer orang sebelah yang gatal mulut nak pokpek dalam panggung wayang. Tolong la! Kalau rasa nak jadi story teller, sila masuk sekolah rendah balik masuk pertandingan bercerita. Tau la kempunan, masa kecik-kecik dulu agak biul nak hafal cerita kan.
Lagi satu, kalau dah rasa diri tu Islamic and Muslimah habis la, dah tau tajuk cerita pun Sex and The City, tak payah la nak kutuk2 jalan cerita. Kata filem akhir zaman la (Bohsia tu filem pertengahan zaman ke?), buruk perangai la. Baik ko pergi tengok Kapoww ke, apa2 je la. Kira sokong karya tempatan, konon la. Takpun balik rumah tengok ceramah2 agama. Dengar selawat nabi. Kat Astro Oasis banyak tu. (macam nak promote lak. haha!)
Tapi yang peliknya, masuk je babak tepi swimming pool, nampak pelakon-pelakon extra lelaki 3/4 bogel pakai swimming trunk siap terbojol aset (bukan abs ye tp imagine la sendiri) pandai pulak jerit2 gersang. Muka pun stim gersang, meleleh jer. Ala2 kucing aku yang gatal nak mengawan. Sila kawal nafsu ye, sangat tidak menggambarkan ciri2 Islamic and Muslimah anda. Kalau setakat pakai selendang, baby t lengan panjang dan jean sendat, anda tak layak dipanggil wanita Muslimah. Harap maklum
No comments:
Post a Comment