Haish... Masa study sebuk nak balik rumah. Dah habis study bosan pulak duduk rumah. Bayangkan hari-hari menghadap Astro sambil mengunyah makanan (bila la nak insaf gendut ni). Pastu duduk menghadap laptop pulak. Nak pulak dah dapat broadband. Bak kata mak, "Nama je dah balik, tapi dok terperuk dalam bilik. Dah dapat broadband lagi la".
Oh bonda dikasihi, patik tahu tuanku mahu menyuruh patik menjadi driver terhormat. Mak Long sedang pun menunggu di rumah beliau menerima kunjungan tuanku. Silalah jangan segan silu menyuruh patik hantar pergi mana-mana pun. Ahaks! Apakah?
Ingatkan lepas adik dah habis SPM tak payah bangun padi2 buta jadi driver terhormat lagi, sekali makin banyak pulak destinasi yang dituju. Tapi dari duduk terperuk kat rumah je, lagi elok jadi driver. Boleh gila meroyan oh duduk rumah hari2
p/s: Kasut2 yang disayangi yang dipos dari T'ganu dah sampai. Nampak je kotak terus mencarut. &%@&%#&
No comments:
Post a Comment