Monday, 31 May 2010

Bila Dah Ada Anak...

OK fine... Bukan lah anak sendiri mahu pun anak angkat... Tapi anak yg dipungut di tepi jalan dibuang org. Sekurang2nya, letak dalam kotak. Tak macam org yang buang anak kat longgokan sampah atau tanam hidup2. Ish3. Apa nak jadi ngan orang zaman sekarang. Yang nak anak, tak dapat anak. Yang nak menyedap jer, subur yang teramat sampai mengandung.

Walau apa pun, ini la belaan aku sekarang ni.

Huhu... Anak kucing je pun.

Ini Anang. Muka selebet sikit sebab belum mandi.

Ini Nina. Sibuk dok memekak depan bilik. 
Sekali masuk bilik terus landing kat katil. Ceiit! Demand tul!

Muka lepas kena kejut. Tengah mamai lagi. Haha!

Tu dia. Jelingan maut sebab kena kacau tido.

Tu la dia ye tuan2 dan puan2, abg2 dan cik adik sekalian. Sedangkan anak kucing pun orang sayang. Tak kan lah anak yang dikandung 9 bulan pun sanggup dibuang lebih teruk dari anak kucing. Agak kalau tak nak kantoi "eksperimen" tak menjadi (padahal nak menyedap) sila la pakai sarung getah yang dinamakan kondom ye tuan2 dan puan2. Jangan la ingat nak sedap jer. Dah la kantoi mengandung pastu buang anak pulak. Nak2 pulak tanam hidup2 atau sumbat dalam tong sampah. Berganda-ganda la dosa tu.

Ok fine. Dah lari topik. Itu lah dia, anak2 aku. Anang dan Nina. Jom mandikan kucing...

p/s: Suka tgk kucing basah lenjun. Elok2 kembang terus kempis jer.

1 comment: