Monday, 17 May 2010

Aktiviti Post-Exam...

Ini adalah jadual harian aku 2 minggu lebih lepas balik dari UMT tercinta (propa lebih)...

8am - 9am : Bangun. Fresh up pastu breakfast. Kalau rajin pergi jogging. Kalau la...

9am - 10am : Baca surat khabar. Ya, aku mengikuti perkembangan semasa. Yang ni tak propa. Haha!

10 am - 1pm : Tengok TV tak pun online. I LOIKE!!! Kalau dah bosan tahap gaban, tolong mak masak, kemas bilik yang bilik tidur yang macam gua. Tak pun mandikan kucing. Suka tengok kucing kecut kene air. Hahaha!

1pm - 2pm : Makan lunch

2pm - 5pm : Tengok TV/Online. Yang pelik nye, kat rumah tak pernah pulak nak tidur petang/nap. Kalau kat KT asyik jadi ular sawa jer.

5pm - 7pm : Jogging time. Kalau pagi tak jogging la. Sambil jogging sambil cuci mata. Teehee!

7pm - 10pm :  Buat la apa yang patut.

10pm dan seterusnya : Duduk depan TV lagi. Channel wajib. HBO, Star Movies, Star World, E! dan MTV. Bayangkan jari kat remote control dah siap-siap tunggu masa nak tukar channel. Iklan jer tukar. Haha!

Seriously, bosan betul duduk kat rumah. Macam kembali ke zaman purba sebab takde benda nak buat kat rumah. "Tak kan nak belajar jahit kot...", sepupu aku cakap. Huhu... Mana la tau kan, ada jari dan talent jadi designer. Hahah!

Siapa yang seronok tahap gila babeng duduk kat rumah hari-hari sila angkat tangan! Harus lah menerima Anugerah Khas dari aku - Anugerah Aku Berat Bontot. Hahahah!!

p/s: Melepak kat Starbucks sambil minum Caramel Frappucino
p/p/s: Macam mana la nak kurus kalau asyik dok sedut Starbucks jer... Haish!

1 comment:

  1. x effect starbuck tuh..sbb ko jogging 2x sehari..hehe..positive x ayat aku? :P

    ReplyDelete