Saturday, 1 January 2011

Perangai Macam Dubuk...

Kat Seremban, kalau nak keluar melepak tengah2 malam haruslah di McD Senawang. Buka 24 jam, duduk la ko terbungkang kat situ sampai Subuh pun boleh... Seperti biasa kalau melepak di tempat yang terbuka atau open for public memang agak bising la... Yela, time weekend la budak-budak dari ceruk mana2 keluar melepak. Nak2 pulak ada match bola sepak. Lagi riuh.

Tapi aku tak kesah sangat, biasalah nama pun open air. Tapi kadang-kadang tu ada jugak makhluk2 Allah yang tak reti adab bersosial. Cuma perangai je So-Sial. Mat-mat rempit bajet bagus dengan t-shirt kecik, boxer atas pusat, seluar londeh. Gagak2 sesat. "Pontianak" dan "langsuir" mengilai. Oh, bingit oh!

Tapi malam tadi masa melepak dengan Mr K kat McD, rupa2nya dubuk pun ada daaa...


Kenapa orang ingat, bila diorang bayar sesuatu mereka boleh buat apa2 je sesuka hati diorang. Konon "Aku bayar Coke gelas kecik ni, suka hati aku la nak buat apa", diorang boleh buat macam kat rumah sendiri.

Berbalik pada dubuk sesat dari Zoo Negara. ASTAGA! Nama je pakai tudung lintup. Tapi seperti biasa, pakai baby t dan jeans sendat nak mampus. OK, fine. Itu hak masing2 nak pakai apa. Tapi perlu ke gelak cam pontianak atau langsuir mengilai. Member pulak gelak macam tak cukup udara. Annoying OK! Satu McD yang pandang jeling keji. Dah tau orang pandang bukannya tau nak control, makin annoying macam dubuk tengah mengawan. Aku tak tau la macam mana bunyi dubuk mengawan, tapi kalau binatang mengawan sangat annoying bunyinya.

Para pembaca sekalian, sila jangan tunjuk kehodohan perangai anda di khalayak ramai dengan gelak dubuk. Huduh bebenor ghopenye!

p/s: Dubuk atau hyena adalah spesis yang berkait rapat dengan famili kucing (feline) walaupun muka cam hanjing haram jadah. Harap maklum.

signature

No comments:

Post a Comment