Masa blogwalking, macam-macam style blogging ada. Ada tech-geek, fashionista-wannabe, SS (syok sendiri, mcm aku T,T), politik (macam2 ada!), yang pandai hentam orang je pun ada dan macam-macam lagi lah. Jenuh nak list semua. Itu baru style blogging. Belum cerita pasal design blog lagi. Lagi la macam-macam design ada nak tarik pembaca singgah blog.
Macam-macam teknik dan cara nak tarik pembaca. Ada blog colorful habis/ rainbow color. Ada yang 100% pink, khas untuk perempuan dan yang tak berapa nak perempuan. Ada yang guna widget untuk letak lagu, video, iklan dan macam-macam lagi.
Tapi sangat annoying bila blogwalking di...
Contoh 1:
"Camat pgi shume! Wow, pgi yg shangat indah! Tapi duk kat rumah jewr baru mamam bekfes sbb nak tulis n3 pki ayat yg shengal utk dibaca. Santek tak I?"
Kenapa perlu tulis macam ni? Paper BM kantoi ke sampai tak dapat nak tulis elok2? Secara jujurnya, cara penulisan blog seperti contoh di atas sangat la menyengalkan otak apabila dibaca. Rasa nak sekeh2 je kepala penulis macam ni.
Ayat dalam blog aku bukannya sempurna pun. Ala2 bahasa pasar je. Tapi sekurang-kurangnya senang nak faham dan orang tak tertanya2 "Sengau ke terencat penulis ni?".
Contoh 2:
Widget lagu yang AUTO-PLAY.
Waduh2! Sakit telinga oh bila blogwalking kat blog yang ada widget macam ni. Bukak je blog, amik ko! Pekak kejap. Aku ni jenis yang suka dengar lagu pakai earphone sambil blogwalking dan tiba-tiba ada pulak blog yang letak lagu auto-play. Full volume plak tu. Haish!
Aku tak kesah kalau nak pasang widget lagu yang auto-play. Tapi kalau boleh, control la volume nya. Bayangkan kalau pasang speaker dan sub-woofer, satu taman dengar lagu Lagenda Budak Setan. Tak pasal2 kena label mamat dalam-hati-ada-taman. T,T
Contoh 3:
Entry 4, 5 line dengan topik yang bukan2 tapi promote bagai nak rak.
Sengal dan annoying. Sekian (nak jimat ayat)
Setakat ni, tiga je la contoh2 yang ada. Nanti kalau ada apa-apa lagi yang menyampah aku update lagi. Haha!
OK lah, tak nak merapu banyak2 nanti kena cop blog annoying.
Spread the LOVE, not HATE.

No comments:
Post a Comment