Saturday, 31 December 2011

2011 Dalam Ingatan

Entry pertama untuk tahun 2012...

Mari kita imbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap diri sendiri...

Selalu orang berkata, "Jangan dikenang perkara yang lalu". SALAH!

Perkara yang lalu perlu selalu tersemat di minda. Menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak mengulang kesilapan yang sama. Apalah gunanya jika kita tidak belajar dari kesilapan. Satu kerugian yang amat besar...

Perkara yang lalu perlu dikenang. Mengingatkan kita kepada nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Maha Esa. Mengingatkan kita supaya tidak bersifat kufur dan takbur...

Remembering the past, make you stay grounded...

Grateful and thankful for all the greatness that happened to me so far...

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan... Insyallah...


Tuesday, 22 November 2011

Kebebasan...

Bebas... Apa pengertian bebas bagi korang?

Tanpa batasan atau halangan?
Tanpa arahan?

My dearest once said...

"Apalah erti bebas seperti rama-rama jika hidup hanya seketika...
Apalah erti bebas bak unggas, terbang tinggi, bertenggek di dahan jua kemudian...

Bebas seorang manusia biarlah ibarat pokok...
Masih berpijak di Bumi yang nyata...
Tumbuh melangit tiada batasan...
Hidup mekar...
Menjadi tumpuan si rama-rama dan unggas..."

It really got me thinking... Sangat relevant apa yang dikatakan...
It really changed me 180 when I think about life...

p/s: My boo is always the best
signature

Friday, 18 November 2011

Saya Malu...

Saya malu... *tersipu-sipu*

Maaf lah dah lama tak mencarut kat blog ni. Dekat sebulan lebih jugak tak update blog... huhuhu...

Semenjak jaga project yang company dapat ni, takde masa sangat nak update hasil-hasil carutan terkini.  Sebagai seorang yang kini berkulit-gelap-macam-orang-Nepal, berjemur di bawah mentari, sampai rumah je terus terbongkang atas katil tak ingat dunia...

Harap project akan cepat siap dengan jayanya sebab dah tak tahan tengok muka main contractor yang macam mintak penampar bertubi diselang-seli dengan sepak laju-laju...
signature

Monday, 5 September 2011

Kahwin... Kahwin... Kahwin...

Kahwin dan Raya.

Dua perkara yang sangat berkait rapat. Honestly, bagi sesiapa yang still belum bernikah, bertunang mahupun berkapel macam aku ni mesti rasa stress di Hari Raya kan? Mana tak stress bila mak long mak ngah menanya soalan cepumas yang sama jer...

Soalan/statement wajib di kala musim beraya:
1. Bila ko nak kahwin?
2. Takde calon lagi ke?
3. Benda elok tak baik tunggu lama-lama
4. Ko ni tak kahwin-kahwin, ko ni gay ke?

Oppsss! Statement terakhir tu very the... Ramai je yang dah kahwin tapi ______ (isi tempat kosong)

Dalam seminggu beraya, aku rasa dah 10 orang tanya soalan-soalan seperti di atas, except yang last sekali.
Motip? LOL!

But just a few hours ago before writing this entry, this one Facebook status from my junior back in UMT really got me thinking...

Status dia berkenaan dengan nikah....

‎"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”
Bunyi macam senang ? Nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku” ....Renung2 kan lah....


Bukan berniat untuk mengugut atau menakut-nakut sesiapa. Frankly speaking, I still don't have the gut to carry such HUGE responsibility.

Patutlah syurga bagi seorang isteri itu di telapak kaki suami. Rupa-rupanya, besar bebanan yang dipikul suami.

Bagi aku, it's wiser not to ask someone when to get married. Instead, tanya lah sudah cukup bersediakah untuk bernikah. Sudah bersediakah untuk memikul tanggungjawab yang akan dipikul...

Berkahwin memang senang tapi komitmen selepas bernikah adakah semudah lafaz akad?

Saturday, 27 August 2011

Kepulangan Yang Dinanti

Ingat nak schedule je post ni. Tapi memandangkan lagu ni sangat bertepatan dengan suasana pulang ke kampung. Maka marilah menitiskan satu dua air mata semasa memandu kereta...



T.T #ManlyTears

Lagu ni tak pernah gagal membuat aku feeling2 menarik luggage (mostly terlebih limit berat) merentas arriving hall dan tunggu my parents to pick me up. 

First kiss at mom's cheek always give me the chill after several months of separation. 

Masa tengah study dulu la. Sekarang takde makna nya nak tarik-tarik luggage...

Having said that...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin....

p/s: Pandu dengan cermat. Ingat lah orang-orang yang dicintai sedang menunggu di destinasi yang dituju...

signature

Monday, 22 August 2011

Dasar Hanjeng, B**i

Siapa je yang tak pernah maki hamun mencarut sambil sebut binatang-binatang mughallazah ni selain ahlil-Firdhausi Holier than thou. Betul tak?

Aku personally, memang mengaku. Rasanya perkataan babi tu kalau masa memandu memang tak lekang kat mulut. Kalau lah seekor babi muncul setiap kali aku sebut babi, dah kaya dah aku jadi towkey babi. Hahaha!

Topik hari ni bukan sebab nak mencarut. Bukan nak berkongsi teknik-teknik ternakan babi atau cara-cara mengasuh anjing supaya timbus tahi lepas berak. Tapi pasal topik artis Malaysia peluk/bela anjing.

OMG! Mana shade frame besar aku nih? *BERTUKAR*

"Amboi3!!! Korang ingat korang artis, korang boleh suka2 hati je peluk binatang haram tu hawau? Bila lagi korang nak insap macam aku ni yang dah pergi umrah terpancar nur kesucian walapun dot dot dot"

Amacam? Menjadi tak alter-ego Azwan Nur aku? *tangan ke dada, mata pandang atas*

I mean seriously? Apa yang nak dihebohkan sengat? Peluk babi, peluk anjing. So what?

Ada ke surah2 atau habis nabi yang kata pegang anjing atau babi tu haram? Ada? Ada tak? Ada tak?

So kenapa nak sentap bila orang pegang anjing? Kalau terpegang najis, sertu (bukan samak ye. sila google) je la bahagian2 yang terkena.

Kesian anjing-anjing dan babi-babi...

Korang pandai pulak kutuk-kutuk orang pegang anjing, pegang babi haram, bodoh, bebal, pailang.

Korang pegang2 tangan bf/gf, peluk2, cium2, tenggek2, tonggeng2, tak tahu pulak haram kan?

Padahal lagi hina dari peluk babi...


signature

Tuesday, 16 August 2011

MAX 24:7 - CINTA 24:7

Amaran: Entry ini mampu menimbulkan rasa mual. Entry ini ditulis oleh alter-ego penulis mengikut keserasian isi kandung dan harus dibaca dengan nada sarcastic.

UOLSSSS!!!!!

Sukanya mak!!! Kumpulan Keindahan-Pop, 24:7 dah release music video diorang yang baru. Merembesss!


Suka tak? Suka tak?
Jangan tak tau, statistic viewer video ni pun terbaik tau. Tak caye?

Pelakon-pelakon extra handalan! Bagus kan lakonan diorang? Tapi hot lagi mak!
Terbaek kan? 888 manyak ong oh! Yang 40 tu, ahli kumpulan termasuk krew kot.

Click-click kat bawah untuk baca komentar terpilih....








Komen pilihan hari ini...

Tak baik tau korang kutuk-kutuk diorang. 

Apa-apa pun mak tetap sokong barangan keluaran Malaysia...

MALAYSIA BOLEH!!!
signature

Stereotype Drama Melayu

Hari ni rasa terpanggil nak berdiskusi (merapu bermula) tentang stereotype drama Melayu. Kenapa drama Melayu? Kenapa bukan drama Cina, India? Atau drama berunsur Kimchi? Kenapa? Kenapa racist/prejudice dengan drama Melayu?

Persoalan-persoalan mudah dengan jawapan bernas. Sebab aku tak pernah tengok dan tak paham bahasa Tamil atau Korea. So, kita fokus kat drama Melayu sahaja ok? Jangan la merajuk. Babap sikit?

Ayoh! Mari kita mulaka!

1. Drama korporat berprofile tinggi.

Sahamnya tersenarai dalam Nasdaq atau NYSE yang menjadi rebutan orang ramai. Plot cerita mesti pasal duit syarikat lesap, rasuah, adik-beradik berebut company. Maka bapak pun sakit jantung. Diselang selikan dengan scene cinta dengan orang kelas bawahan. Dapat tentangan bapak, bapak pantang kalau calon menantu comot dan bukan graduat Oxford, Yale, Cambridge atau Harvard. Abang nak jugak kahwin. Bapak marah sangat maka bapak pun mati sebab sakit jantung. Adik salahkan abang punca bapak mati. Maka abang rasa bersalah, bagi semua saham kat adik lalu berkahwin dengan calon sendiri. Adik control saham company. Company jadi lingkup. Adik insaf. End of story. *sila baca dengan nada sarcastic*

2. Tajuk drama yang mempunyai perkataan Cinta

Tahajjud Cinta

Cinta Antara Kita

Begitukah Cinta

Stanza Cinta

Cinta Balqis
Dan bermacam-macam lagi cinta.

3. Lelaki/perempuan sempurna ahlil Firdhausi rebutan ramai

Ustaz Amirul

4. Villain perempuan dengan solekan mata berasap
Kalau watak perempuan jahat mesti kena makeup tebal. Smoky eye tebal 2 inci. Bulu mata palsu 7 tingkat. Kalau marah mata mesti terbeliak, lepas tu jeling sampai nak senget mata.




Quality gambar kurang sebab print screen dari Youtube. Itu je yang mampu...

6. Hantu Hantu HANTU! Saka Saka SAKA!

Mantera Anjasmoro

Durja Ningsun

Saka Jentayu

Ni baru kat TV3, belum Astro Ria, Astro Prima, TV9. Kalau masuk drama Cina, Tamil ngan Kimchi, tak ke berjela-jela entry aku ni. 

Tu je lah...

p/s: Jangan la sentap. Bukan mengutuk drama Melayu. Saja je nak mention.
p/p/s: Kalau owner gambar rasa nak credit, you let me know lah...
signature

Thursday, 11 August 2011

Kebenaran Disebalik Apple




"I iz no butthurt. I no Apple user"
LOL!

Update: ARGH! Ada masalah dengan coding. Blogger jimak atas blog aku! siot!
Problem solved! Thanks davidchin38 and Peter McCartney for the tips. Cheers

Klik [sini] kalau nak tengok video tu. Peace...

credit: blogserius.blogspot.com

Sunday, 7 August 2011

Header Baru...

Yeah! Salam 8 Ramadhan 1432H...

Bersempena dengan Kemerdekaan Malaysia yang ke-54, header di Dari Kaca Mataku bertukar seiring dengan sambutan kemerdekaan negara yang tercinta.



Bagi blogger yang masih mengaku sebagai warganegara Malaysia, ini je yang termampu untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara walapun dot dot dot. haha!

Header simple je. Aku tak mampu letak muka sendiri sebagai header kerana sedar diri sebab muka tak hensem. *insert sarcasm somewhere*

p/s: Letak bendera je pun. Bukan susah sangat. Kalau letak badge kuning laju pulak korang kan?
p/s/s: Header baru hujung bulan ni untuk Hari Raya Aidilfitri. Hoyeah!
signature

Thursday, 4 August 2011

Twitterama: Episode 4

Salam semua... Selamat Beribadah di bulan Ramadhan ni...

Ohoi, lama betul tak update blog. Berehat di bulan Ramadhan. Mungkin tidak... Nah, amik ko! Entry baru...




signature