Kahwin dan Raya.
Dua perkara yang sangat berkait rapat. Honestly, bagi sesiapa yang still belum bernikah, bertunang mahupun berkapel macam aku ni mesti rasa stress di Hari Raya kan? Mana tak stress bila mak long mak ngah menanya soalan cepumas yang sama jer...
Soalan/statement wajib di kala musim beraya:
1. Bila ko nak kahwin?
2. Takde calon lagi ke?
3. Benda elok tak baik tunggu lama-lama
4. Ko ni tak kahwin-kahwin, ko ni gay ke?
Oppsss! Statement terakhir tu very the... Ramai je yang dah kahwin tapi ______ (isi tempat kosong)
Dalam seminggu beraya, aku rasa dah 10 orang tanya soalan-soalan seperti di atas, except yang last sekali.
Motip? LOL!
But just a few hours ago before writing this entry, this one Facebook status from my junior back in UMT really got me thinking...
Status dia berkenaan dengan nikah....
"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”
Bunyi macam senang ? Nah ni erti sebenar dia :
“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku” ....Renung2 kan lah....
Bukan berniat untuk mengugut atau menakut-nakut sesiapa. Frankly speaking, I still don't have the gut to carry such HUGE responsibility.
Patutlah syurga bagi seorang isteri itu di telapak kaki suami. Rupa-rupanya, besar bebanan yang dipikul suami.
Bagi aku, it's wiser not to ask someone when to get married. Instead, tanya lah sudah cukup bersediakah untuk bernikah. Sudah bersediakah untuk memikul tanggungjawab yang akan dipikul...
Berkahwin memang senang tapi komitmen selepas bernikah adakah semudah lafaz akad?
No comments:
Post a Comment