Persoalan-persoalan mudah dengan jawapan bernas. Sebab aku tak pernah tengok dan tak paham bahasa Tamil atau Korea. So, kita fokus kat drama Melayu sahaja ok? Jangan la merajuk. Babap sikit?
Ayoh! Mari kita mulaka!
1. Drama korporat berprofile tinggi.
Sahamnya tersenarai dalam Nasdaq atau NYSE yang menjadi rebutan orang ramai. Plot cerita mesti pasal duit syarikat lesap, rasuah, adik-beradik berebut company. Maka bapak pun sakit jantung. Diselang selikan dengan scene cinta dengan orang kelas bawahan. Dapat tentangan bapak, bapak pantang kalau calon menantu comot dan bukan graduat Oxford, Yale, Cambridge atau Harvard. Abang nak jugak kahwin. Bapak marah sangat maka bapak pun mati sebab sakit jantung. Adik salahkan abang punca bapak mati. Maka abang rasa bersalah, bagi semua saham kat adik lalu berkahwin dengan calon sendiri. Adik control saham company. Company jadi lingkup. Adik insaf. End of story. *sila baca dengan nada sarcastic*
2. Tajuk drama yang mempunyai perkataan Cinta
Tahajjud Cinta
Cinta Antara Kita
Begitukah Cinta
Stanza Cinta
Cinta Balqis
Dan bermacam-macam lagi cinta.3. Lelaki/perempuan sempurna ahlil Firdhausi rebutan ramai
Ustaz Amirul
4. Villain perempuan dengan solekan mata berasap
Kalau watak perempuan jahat mesti kena makeup tebal. Smoky eye tebal 2 inci. Bulu mata palsu 7 tingkat. Kalau marah mata mesti terbeliak, lepas tu jeling sampai nak senget mata.
Quality gambar kurang sebab print screen dari Youtube. Itu je yang mampu...
6. Hantu Hantu HANTU! Saka Saka SAKA!
Mantera Anjasmoro
Durja Ningsun
Saka Jentayu
Ni baru kat TV3, belum Astro Ria, Astro Prima, TV9. Kalau masuk drama Cina, Tamil ngan Kimchi, tak ke berjela-jela entry aku ni.
Tu je lah...
p/s: Jangan la sentap. Bukan mengutuk drama Melayu. Saja je nak mention.
p/p/s: Kalau owner gambar rasa nak credit, you let me know lah...

No comments:
Post a Comment