Monday, 31 May 2010

Bila Dah Ada Anak...

OK fine... Bukan lah anak sendiri mahu pun anak angkat... Tapi anak yg dipungut di tepi jalan dibuang org. Sekurang2nya, letak dalam kotak. Tak macam org yang buang anak kat longgokan sampah atau tanam hidup2. Ish3. Apa nak jadi ngan orang zaman sekarang. Yang nak anak, tak dapat anak. Yang nak menyedap jer, subur yang teramat sampai mengandung.

Walau apa pun, ini la belaan aku sekarang ni.

Huhu... Anak kucing je pun.

Ini Anang. Muka selebet sikit sebab belum mandi.

Ini Nina. Sibuk dok memekak depan bilik. 
Sekali masuk bilik terus landing kat katil. Ceiit! Demand tul!

Muka lepas kena kejut. Tengah mamai lagi. Haha!

Tu dia. Jelingan maut sebab kena kacau tido.

Tu la dia ye tuan2 dan puan2, abg2 dan cik adik sekalian. Sedangkan anak kucing pun orang sayang. Tak kan lah anak yang dikandung 9 bulan pun sanggup dibuang lebih teruk dari anak kucing. Agak kalau tak nak kantoi "eksperimen" tak menjadi (padahal nak menyedap) sila la pakai sarung getah yang dinamakan kondom ye tuan2 dan puan2. Jangan la ingat nak sedap jer. Dah la kantoi mengandung pastu buang anak pulak. Nak2 pulak tanam hidup2 atau sumbat dalam tong sampah. Berganda-ganda la dosa tu.

Ok fine. Dah lari topik. Itu lah dia, anak2 aku. Anang dan Nina. Jom mandikan kucing...

p/s: Suka tgk kucing basah lenjun. Elok2 kembang terus kempis jer.

Monday, 17 May 2010

Aktiviti Post-Exam...

Ini adalah jadual harian aku 2 minggu lebih lepas balik dari UMT tercinta (propa lebih)...

8am - 9am : Bangun. Fresh up pastu breakfast. Kalau rajin pergi jogging. Kalau la...

9am - 10am : Baca surat khabar. Ya, aku mengikuti perkembangan semasa. Yang ni tak propa. Haha!

10 am - 1pm : Tengok TV tak pun online. I LOIKE!!! Kalau dah bosan tahap gaban, tolong mak masak, kemas bilik yang bilik tidur yang macam gua. Tak pun mandikan kucing. Suka tengok kucing kecut kene air. Hahaha!

1pm - 2pm : Makan lunch

2pm - 5pm : Tengok TV/Online. Yang pelik nye, kat rumah tak pernah pulak nak tidur petang/nap. Kalau kat KT asyik jadi ular sawa jer.

5pm - 7pm : Jogging time. Kalau pagi tak jogging la. Sambil jogging sambil cuci mata. Teehee!

7pm - 10pm :  Buat la apa yang patut.

10pm dan seterusnya : Duduk depan TV lagi. Channel wajib. HBO, Star Movies, Star World, E! dan MTV. Bayangkan jari kat remote control dah siap-siap tunggu masa nak tukar channel. Iklan jer tukar. Haha!

Seriously, bosan betul duduk kat rumah. Macam kembali ke zaman purba sebab takde benda nak buat kat rumah. "Tak kan nak belajar jahit kot...", sepupu aku cakap. Huhu... Mana la tau kan, ada jari dan talent jadi designer. Hahah!

Siapa yang seronok tahap gila babeng duduk kat rumah hari-hari sila angkat tangan! Harus lah menerima Anugerah Khas dari aku - Anugerah Aku Berat Bontot. Hahahah!!

p/s: Melepak kat Starbucks sambil minum Caramel Frappucino
p/p/s: Macam mana la nak kurus kalau asyik dok sedut Starbucks jer... Haish!

Wednesday, 5 May 2010

B.U.L.I

OK... Topik hari ni adalah buli. Sebagai seorang mangsa buli suatu ketika dulu, aku ada banyak pengalaman kena buli. Tak kira la, masa kat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun dengan abang sediri a.k.a beruang.

Tadi bersembang la dengan sepupu, sedap punya bergossip tiba-tiba terpesong lak cerita pasal anak dia. Anak dia ni memang semangat, pipi macam nasi lemak seringgit. Tomei2 sangat. Umur dia baru 6 tahun, sekarang ni kat kindergarten. Mak dia ni popapopa la cerita anak dia kena buli sampai menangis sebab tembam sangat. Ish3... Baru kat tadika dah kena buli. Budak2 zaman sekarang ni memang berbeza dengan budak2 zaman aku dulu. Kecik2 dah kena buli. Cikgu tadika pun tak boleh harap.

OK, balik ke topik asal. Huhu... Sedih jugak kalau fikirkan masa kena buli dulu. Tapi takde la teruk2 sangat, takde la sampai tahap kena belasah. Kebanyakan jenis buli yang selalu aku kena secara verbal la. Bunyi macam tak la teruk sangat tapi sebenarnya buli secara verbal ni lagi teruk side effect nya dari buli secara fizikal. Buli secara verbal ni akan kekal dalam ingatan walaupun hal tu dah bertahun-tahun dulu. OK, jom pecah2 kan zaman-zaman aku kena buli dulu.

Zaman tadika:
Masa ni takde kena buli. Semua ok jer. Cuma hari-hari berkepit dengan cikgu sebab masa tu aku belajar kat Chinese kindergarten, Mandarin sepatah haram tak tau. Cuma selalu kena buli dengan abang sendiri kat rumah. Ada je nak cari pasal. Ceiss, kalau diingatkan nak je aku gelek kepala dia dengan basikal 4 roda aku dulu.

Zaman sekolah rendah:
Bahagian 1
Ohoho! Zaman azab wei. Dah la kena paksa masuk sekolah cina. Belajar kat tadika 2 tahun mana cukup nak belajar Mandarin. Setakat tulis 1, 2, 3 tu boleh la. Tapi masa darjah 2 la yang azab, masa tu la berat badan naik mendadak sebab kena asthma. Tak boleh nak keluar main lasak-lasak. Pastu siapa entah yang suggest parents aku bagi makan minyak ikan kod, kata boleh hilangkan asthma. OMG! Azab nak telan wei. Makin naik la berat badan ni. Macam belon. Sampai cikgu sendiri perli, "Awak ni membesar ke tepi, tak nak membesar ke atas pulak." See! Cikgu sendiri buli anak murid. Semenjak tu la kena buli. HAISH!

Bahagian 2
Macam la tak cukup azab kan? Masuk darjah 3 kena pakai spec pulak. Kalau spec frame yang kecik takpe jugak. Nak tau frame yang macam mana? Frame yang macam Betty pakai tu. Dorky gila wei, nerd habis. Bayangkan badan besar pastu pakai spec frame macam Betty memang jadi sasaran la.

Zaman sekolah menengah:
Masa sekolah menengah dah ok sikit. Takde la kena buli jer. Disebabkan masa kat sekolah cina dulu takde budak melayu, aku macam kena kejutan budaya la jugak bila bergaul dengan budak melayu. Mulut macam c***i sikit. Nama jer kawan, tapi kalau bab kutuk-mengutuk memang nombor satu. Pastu kalau tak puas hati mula nak cari gaduh. Tapi masa zaman sekolah menengah, buli yang paling tak dapat aku lupa kan masa aku tengah berwudhuk nak sembahyang asar kat surau sekolah. Tiba2 datang senior ni seekor dok kutuk2 kata tempat wudhuk sempit. Nak tau dia cakap ape? "Alamak ai, apsal ada Fei Mao kat sini ni. Patut la sempit semacam jer", malas la nak cari pasal kat surau kan. Nanti kene cubitan maut peringkat ke 5 Ustazah. Auw2!

Itu la, serba sedikit keluh kesah aku masa zaman-zaman kena buli dulu. Sekarang OK dah. Siapa berani nak buli sekarang meh la, aku fire kaw2 punya.

Ingat senior yang kata aku Fei Mao tu? Aku selalu makan kat Manhattan Fish Market, ada sekali tu dia kerja kat situ pulak. Terpaksa la kena serve makanan aku kan. Apa lagi, masa pembalasan la. Tiap setengah jam minta refill air. Tak nak orang lain, nak dia jugak yang refill. Walaupun dia sibuk, ada aku kesah?! Second time, pergi makan kat Sushi King. Muka dia lagi! Nampak sangat kena tendang dari Manhattan F.M. Apa lagi, setiap 15 minit tambah order. Malas la nak order sekali gus kan. Order satu-satu la best... Hahaha!

Walaupun dulu aku mangsa buli tegar, tapi sekarang aku lebih matured nak handle bila kena buli. Tak payah nak risau kalau kena buli sebab semua balasan akan diterima di akhirat. Tak payah akhirat la, kat dunia pun boleh nampak.

p/s: Mak oi, panjang lebar macam tulis artikel.