17 Jan 2010 lepas, UMT baru saja jalankan Pilihanraya Kampus. Selepas membuang undi tahun lepas dan dapat pulak barisan kabinet yang boleh dikatakan agak hampeh, tahun ni rasa macam malas nak mengundi... Tapi disebabkan kawan rapat, Reo bertanding pastu dapat pulak kupon makan, apa lagi... Ligat la pergi DSM nak mengundi... Sampai kat DSM, baris Math Komp sangat la sunyi... huhu... sebab baru habis kelas kot masa tu, so tak ramai la budak2 Math Komp mengundi lagi...
Sekali lagi, aku undi berdasarkan intuition - naluri hati (tu pasal kabinet yg lepas macam hampeh kot)... Dan akhirnya, Pro-M menang 11 kerusi dan Calon Umum menang 1 kerusi dan calon Umum tersebut tak lain dan tak bukan, Mohd Firdaus Mohd Sayed a.k.a Reo... Syabas diucapkan!
Terima kasih la kepada mana2 pihak yang tolong tampal poster-poster gambar "maksiat" En Reo. Buat susah2 korang jer habiskan duit pergi fotostat, buang masa tampal poster2 tu. Terima kasih la banyak2. Ini la namanya hikmah disebalik PENGANIAYAAN. ALLAH swt Maha Berkuasa, Tuhan tolong dan makbulkan doa orang yang teraniaya.
Lepas ni, tanggung jawab semakin berat la En Reo. Pro M 11 orang, dengan perangai dan songeh masing2. Diharap Reo dapat jalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan dengan penuh intergriti dan semangat yang kuat...
Kepada kesemua 11 pemenang dari Pro M syabas jugak la, nanti kata berat sebelah pulak. Jadikan universiti medan untuk memperjuangkan hak2 mahasiswa ya. Jangan ada anasir luar pengaruhi minda. Walaupun berprinsip Pro M, tak semestinya perlu ikut telunjuk orang luar.
Ingat la siapa yang undi....
Kalau rasa nak baca artikel yang "watever" sila [klik] sini...
UPDATE: TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! Reo telah dilantik sebagai YDP MPP terbaru. Ini nama nya kemenangan BERGANDA. Alhamdullilah~~~
p/s:1. Nasib korang la junior. Agak2 kalau MPP yang baru pun tak boleh pakai, pergi sekeh kepala diorang. haha!
hikmah disebalik PENGANIAYAAN. ALLAH swt Maha Berkuasa, Tuhan tolong dan makbulkan doa orang yang teraniaya....
ReplyDeletewahhhh..ala2 ustaz...hahaha
zassss
ha la... baru masuk sekali class ideologi terus kena tanya soalan... alhamdullilah~~~
ReplyDeleteaku nk copy poster maksiat..ade??HAHAHA
ReplyDeletemintak kat cik nono... die nk simpan dlm arkib... hahaha!
ReplyDelete