Tuesday, 12 January 2010

Rindunya~~~ pt2

Mari sambung journey to the Kampung Sungai Nipah!

Hari kedua. Bangun mest awal gila. Pukul 6 dah terjaga, tapi lepak2 dulu kat atas tilam. Pukul 7 baru betul2 bangun... Hehe... Lepas basuh muka, gosok gigi terus menghadap sarapan. Menu utama, cucur pisang dan cucur ikan bilis. Ringkas tapi MASYUK!!! Makan panas2 sambil minum kopi kampung. Cicah pulak dengan sos cili Aminah (ini bukan iklan) Layan~~~ Sambil tunggu kartun kegemaran ramai, buat aktiviti sampingan yang lain dulu - Ronda-ronda kat kebun. Best sangat-sangat. Naik basikal keliling kebun. Tak terasa pun penat sebab waktu pagi memang nyaman siap ada kabus lagi...

Bila matahari dah naik sikit, aku, abang, adik (Fazly ngan Faez) dengan sepupu2 ( Helmi ngan Din) duduk melepak kat bawah pokok kelapa. Tapi pokok kelapa ni special sikit. Pokok kelapa ni tumbuh melintang. Jangan tak percaya! Kat hujung pokok, pelepah dia tumbuh menegak. Kira cam payung la. Tapi yang pelik tak pernah berbuah. Apa2 pun, dengan pokok kelapa je pun kitorang boleh berseronok. Main buai2 sebab batang pokok tak cecah tanah, cukup la kitorang nak duduk. Main jadi pirate sebab hujung pokok kelapa ni menjongket, so jadi la cam hujung kapal laut. Imaginasi budak2. Haha! Main naik kereta api. Haha!

Hey Helmi, apasal ko kahwin dulu. Tak tunggu aku pun. Haish...

Lepas makan tengah hari, kitorang duduk melepak kat ruang tamu. Cakap-cakap bodoh, pastu tidur petang jap. Pukul 3-4 bangun. Time to hv FUN! Pergi memancing, kait buah kelapa muda, naik basikal pergi muara sungai, beli aiskrim 20sen, ronda2 satu kampung pastu kena gossip ngan mak cik2 kat tepi jalan. "Anak cina sape la ni". Mak cik sila balik rumah, suami balik nak minum kopi. haha!

Mak Yah, kakak mak aku, memang rajin buat kuih kalau kami sekeluarga balik kampung. Lepat pisang, bingka ubi, bingka tepung, kuih talam, kuih lapis, puteri berendam. Sila kesat air liur sekarang.

Sebelum Maghrib kena mandi. Bilik air kat kampung aku ni jenis yang kat luar rumah. Dah nak dekat Maghrib, suasana agak gelap la. Bilik air punya la besar, mentol cuma satu jer. Masing2 penakut punya pasal, apa lagi mandi ramai2 la. Masa tu kecik lagi, sangat innocent. Tak pikir apa2 pun. Mandi jer ramai2. Pastu berkubang dalam kolah air. Pastu kantoi ngan mak. Pastu kena tempik sekali. Hehe~~

Lepas sembahyang Maghrib tunggu makan malam sambil tengok berita. Siaran kegemaran bapak2. Pastu citer pasal politik. Boleh roboh rumah. huhu! Dah siap makanan terhidang, apa lagi, lantai dapur penuh. Semua duduk keliling lauk. Apa lagi, BEDAL! Yang pelik makan ramai2 ni, semua rasa sedap. Berselera habis. Walaupun lauk-pauk semuanya ringkas jer. Riuh la dapur semua mintak nak tambah nasik.


bersambung...

1 comment:

  1. memang melejeh ayaq liuq terigt kat encik lepat PISANG..haha

    ReplyDelete