Saturday, 30 January 2010

Memandu Di Kuala Terengganu...

Sejak 2 minggu lalu merupakan hari yang sangat menyengalkan otak...*urat kepala timbul tahap 1* Oh FYP, sila jangan bertindak zalim terhadapku... Aku cuma nak balik beraya jer... Nak amik angpao banyak2, topup dlm akaun bank.. haha!

Selain dari kesengalan menyiapkan FYP, ada perkara lain yang lebih sengal dan membuatkan urat-urat kepala timbul - memandu di Kuala Terangganu (KT)... Selepas pengalaman hampir 3 tahun memandu di KT, macam2 ragam orang di atas jalan boleh nampak...

Contoh 1: Pejalan kaki
babak 1
Pejalan kaki mahu melintas jalan. Kereta sedang menghampiri...
Pejalan kaki: Owhhh... Kereta...
Kereta makin dekat, tetapi tetap nak melintas. Kereta pula kena berhenti.

babak 2
Pejalan kaki mahu melintas dengan family. Kereta sedang menghampiri...
Pejalan kaki: Ada aku kesah!
Kereta makin dekat, melintas jalan dengan selamba katak...

babak 3
Pejalan kaki mahu melintas jalan. Kereta sedang menghampiri...
Pejalan kaki: Eh! Kereta!
Berdiri tengah2 jalan. Buat muka bodoh...

Komen: Tersangat-sangat lah sengal. Melintas jalan dengan ego bagai seekor GAJAH. Orang macam ni kena masuk kelas Etika Pejalan Kaki. -Urat kepala timbul tahap 2

Contoh 2: Mat Rempit
1. Merempit bajet macam naik motor Aprilla.

2. Merempit tanpa helmet sambil menjawab sms.

3. Merempit dalam segerombolan sambil bersembang-sembang atas motor. Kalau boleh nak minum kopi sambil merempit.

4. Bajet macam bawa motor Harley, merempit tengah-tengah jalan.

5. Masuk simpang tak bagi signal.

Komen: Rasa macam nak bawa steamroll, lenyek semua mat rempit. Tolong la berlagak seperti membonceng motor. Oh Sengal... - Urat kepala timbul tahap 3

Contoh 3: Pemandu kereta
1. Memandu laju macam nasik kat rumah nak habis atau mengalami cirit-birit dan hampir terkincit dalam seluar.

2. Menunjuk lagak seperti memandu kereta Maserati sedangkan hanya memandu Kancil. Press la paddle minyak banyak mana pun, tak lepas 100km/j pun...

3. Letak kereta merata-rata di tepi jalan.

4. Letak kereta merata-rata belakang kereta orang lain.

5. Memotong kereta, tukar lorong, masuk simpang tak bagi signal

6. Bajet kereta macam Smart For 2 di jalan sempit sedangkan kereta gedabak...

7. Tak bagi laluan langsung kat kereta lain... Makin kereta nak masuk simpang, makin sengaja dekat2 kan kereta...

Komen: No komen! Urat kepala timbul tahap 5

Natijahnya, pemandu kat KT ni memang sengal. Bukan la semua, tapi majoriti. Kalau tak, takkan Dr Nizaita (org T'ganu) sendiri pun mengaku pemandu di KT memang sengal...

Haish... Lesen kopi O ke pe?

p/s: Aku ingatkan pemandu kat Seremban je yang sengal, rupa2nya ada lagi yang sangat-sangat sengal.

4 comments:

  1. org nogori lebih kurang..
    tp still la..org ganu lg teruk
    org KL N SELANGOR lah terbaik!

    ReplyDelete
  2. oh! ye jer? sila pandu keta anda mlm ni... mlm ni i tido smp t/hari besok... hahahaha!!!

    ReplyDelete
  3. ah.. ko belom rase penangan penang. jenis cine lancau punya...

    ReplyDelete
  4. aku penah drive kat Penang kot... sumpah pasni drive keta auto gi Penang...

    ReplyDelete