Friday, 3 June 2011

Don't Drink Todi And Drive...

Or any alcoholic drinks!

WARGH!!!! *naga sembur api*

Hari ini hari yang cukup malang. Baru ingat nak berfoya-foya kat Pavilion, sekali kereta kena langgar malam tadi.

Secara jujur, sekarang aku masih marah dan tak puas hati dengan kejadian malam tadi. Dah la kena langgar orang mabuk. Cakap berterabur. Mintak duit suruh bayar, ATM semua down sebab under maintenance. Ye, kejadian ini berlaku tengah malam tadi tepat2 pukul 12 t/malam selepas berkarok selama 2 jam dengan Mr K.

ARGH!!! Hangin2. Call polis suruh tolong settle kan, polis pun tak boleh pakai. Ni dialog polis,

"Ini ado dua caro jer. Nok buak repok polih atau setel luar ah" *pelat kelantan*

Translation: "Ni ada dua cara je. Nak buat report polis atau settle luar lah"

Ingatkan diorang tahan la si keparat ni sebab obviously dia tengah mabuk...

"Saye sejes setel luar ah senang sikik. Tak payoh nok gaduh2 ah. Awok pegi ATM, bayar dia"

Gitu plop? Ore tuh mabuk wey!

Sebab dah malas nak bising. Aku mintak IC, lesen, no tepon dengan alamat rumah dia.

Hari ni dia bayar duit repair kereta dan sekarang 0-0 lah... Lepas ni kalau terserempak dengan dia, buat muka bodoh je la...

Ini tips yang foreman workshop aku bagitau. Bila berlaku accident, kalau yang melanggar tu mabuk, kita jangan state dia mabuk dalam report polis kita. Kalau tak kita tak dapat claim insurance. Dan yang mabuk tu pun tak kena saman.

Dalam report kita, state je dia bersalah kerana melanggar. Biar si mabuk keparat punya statement mengaku dia mabuk. Dia kena saman dan kita pun boleh claim insurance.

Sekarang nak godek2 kabinet dapur...

Sekian...

p/s: Pandu cermat jiwa selamat - quote yang tak relevant kalau yg lain bawak kerana macam celaka...
signature

No comments:

Post a Comment