Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Ibu...

Salam Semua! Apa plan di hujung minggu? Sambut Hari Ibu dengan ibu tercinta kah? Bagus2... Jangan setahun sekali saja na...

Bersempena dengan Hari Ibu, ni nak habaq mai la, beriya-iya la dok *ting tang ting tang Alexander* buat Kek Red Devil. Eh silap, Red Velvet uols. Meriah la dapuq cek hari ni...

Senang je nak buat Kek Baldu Merah ni. Amik ko, direct translation terus. haha...

Klik-klik untuk resipi dan gambar-gambar proses buat kek and final result...

Bahan-bahannya ya puan-puan...
250 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
15 gram serbuk koko
113 gram butter yang takde garam ye. Pastikan dalam suhu bilik
300 gram gula
2 biji telur ayam. Kena la bagitau nanti tarah je telur apa-apa.
1 sudu teh vanilla extract
240 ml buttermilk. Sila cari di hypermarket ye. Kedai Runcit Samad tak jual. Sekian.
2 sudu teh pewarna makanan (merah) Nama pun Red Velvet
1 sudu teh cuka
1 sudu teh baking soda
Ini lah buttermilk. Kat Tesco konpem ada...
Panaskan oven dengan suhu 175 degree Celsius.

Adunkan tepung naik sendiri, garam dan serbuk koko. Ayak jangan tak ayak...

Pakai hand mixer sambil goyang Inul. Ahhh~~~

Dalam mangkuk lain, pukul butter bersama gula dalam 2-3 minit. Pastu masukkan telur sebijik demi sebijik. Pastu masukkan vanilla extract dan pukul sebati.


Dalam bekas berasingan, masukkan pewarna makanan dalam buttermilk. Kacau sebati.

Ini lah dia ya... Sila ikut arahan....

Ok ni tricky sikit. Masukkan campuran tepung dan buttermilk ke dalam butter yang dah dibelasah tadi secara selang seli. Paham tak? Masuk tepung dalam butter, pukul. Pastu buttermilk pulak. Secara selang seli sampai selesai. Masuk sedikit demi sedikit, jangan main campak je OK.

Next, amik mangkuk kecik, campur cuka dan baking powder. Biar campuran berbuih sikit, tuang dalam adunan tadi dan gaul segera.

Bakar 175 darjah Celsius selama 25-30 minit atau cucuk dengan lidi. Kalau tarik keluar lidi tu nampak licin je, dah masak la tu. *Amaran: Guna lidi satay OK. Jangan lah hantam saja pakai lidi penyapu laman korang.

Ikut korang la nak pakai loyang apa. Aku pakai yang empat segi je...

Sejukkan. Sambil-sambil tu tengok jam, kalau dah pukul 12.30 boleh tengok Melodi kejap. haha!
Dah siap bakar. Ada crack sikit la. Almaklum lah, first time buat kek...

Lepas dah tengok Melodi dengan wartawan2 sengal belaka tu, boleh la prepare frosting plak.

Frosting
250 gram cream cheese
1 sudu besar butter
1 sudu besar icing sugar
sedikit susu *kalau nak cair sikit...

Campur je semua. Pukul sampai kembang...

Kek dah siap bakar tadi tu potong jadi 2 lapis ye sebab nak letak frosting tuh. Dah sapu frosting kat lapisan, sekarang sapu frosting kat luar pulak. Sapu sikit frosting pastu masukkan dalam freezer dalam 15 minit. Ini untuk memudahkan complete frosting sebab kek ni berderai gila-gila woh...

Sejukkan dalam freezer...

Lepas dah sapu semua frosting tu. Akhirnya! *menari gedik Kak Nita*

Ini lah rupanya Red Velvet cake... Sejukkan dalam freezer setengah jam, pastu boleh DIG IN!

Ini lah dia kek Red Velvet. Selamat Mencuba. Aum!

Selamat Hari Ibu...

p/s: Kepada Pn Ainun Bt Salim, SAYANG SELALU!
signature

No comments:

Post a Comment