Thursday, 26 May 2011

Lynas. Apa? Siapa? Dimana?

Fuuuhhhh! 2 3 hari ni ramai yang rage tentang issue Lynas dan Rare Earth Elements. Bagi yang katak bawah tempurung macam aku ni, aku tak tahu sangat info pasal Lynas dan Rare Earth Elements. Kalau nak tau lebih lanjut boleh baca kat blog AriffShah.com. Jom klik [sini] dan baca...

Hanya sekadar nak berkongsi video dari seorang warga Australia tentang Lynas. Sila ketepikan semua fahaman politik sampah korang dan hayati video ni...


Walaupun tatabahasa agak tunggang langgang, tapi ini adalah luahan hati seorang rakyat Austalia yang prihatin tentang nasib rakyat Malaysia yang akan berdepan dengan risiko-risiko yang akan dihasilkan oleh Lynas...

Fikir-fikirkan lah...

credit: barlisuam-87.blogspot.com
signature

Ini PERKAUMAN!!!

Hermmm... Berapa kali dalam setahun kita dengar tentang isu perkauman? Kalau nak kira pakai jari, termasuk jari kaki pun tak cukup. So, pagi Jumaat yang mulia ni terjumpa video ni di BlogSerious.blogspot.com. Memang gila babi serious la... Check it out!


Video hasil kerja PopTeeVee ni memang Epic siyal! Scene sebelum part nyanyi yang sangat WIN!

Since I'm a mix of Chinese and Malay, so it's ok tu say BABI to Malays and nyiamachaohai to the Chinese. 
Just saying...

LOL!!!

signature

Friday, 20 May 2011

Gula Pasir? Gula Perang? Gula Melaka?

Oh bukan bukan... Tajuk hari ini bukan lah bahan-bahan untuk membuat kuih. Walaupun semalam beriya-iya beli Passion fruit sebab besok nak buat pavlova.

Sebelum tu, SALAM SEMUA...

Ya, dah lama tak update blog. Harap maaf ya. Bukannya tak nak update, tapi takde bahan nak dibuat cerita. Daripada buat entry merapu meraban dan contest bukan2, baik senyap je. Tak gitu?

OK, berbalik pada tajuk entry kali ni. Apa ke he nye gula sume?

Bukan apa, ni nak berkongsi pendapat tentang so-called Malaysian KPop la. Mula-mula, tertanya-tanya apa motif nak buat group KPop? Kedua, kenapa KPop? Kenapa bukan MPop? Ketiga, rasa nak tergelak pun ada.


Percaya atau tak, music scene kat Malaysia ni ada coraknya. Ada satu jangka masa, semua boyband. Lepas tu, band ala-ala Indo group. Tak lama dulu, indie band. Sekarang dengan menggunakan formula sama, maka wujud lah "KPop" Malaysia pertama.

Statement tu sendiri dah lawak. Kenapa lawak? KPop stands for Korean Pop. So, sejak bila pulak Malaysia ni ada bangsa atau etnik Korea?

Dan tak boleh blah bila nak cover line dengan ayat "KPop stands for Keindahan Pop". Keindahan? Ala-ala, dalam hati ada taman gitu. Ahaks.

KPop - 6 packs only. Malaysian "KPop" - Muncit pun muncit la... Rumah sape yang tgh renovate ni?

Jangan ditanya kenapa mereka pose begini. Tapi bersyukur lah yang kanan sekali cukur bulu keti...

Aku malas lah nak kutuk atau maki Malaysian KPop ni sebab melambak blog dah buat. Aku hanya tumpang gelak sampai semput bila tengok gambar-gambar diorang ni.

Apa-apa pun, aku nak korang enjoy video ni. Memang WINNNNN!!!!!

signature

Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Ibu...

Salam Semua! Apa plan di hujung minggu? Sambut Hari Ibu dengan ibu tercinta kah? Bagus2... Jangan setahun sekali saja na...

Bersempena dengan Hari Ibu, ni nak habaq mai la, beriya-iya la dok *ting tang ting tang Alexander* buat Kek Red Devil. Eh silap, Red Velvet uols. Meriah la dapuq cek hari ni...

Senang je nak buat Kek Baldu Merah ni. Amik ko, direct translation terus. haha...

Klik-klik untuk resipi dan gambar-gambar proses buat kek and final result...

Bahan-bahannya ya puan-puan...
250 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
15 gram serbuk koko
113 gram butter yang takde garam ye. Pastikan dalam suhu bilik
300 gram gula
2 biji telur ayam. Kena la bagitau nanti tarah je telur apa-apa.
1 sudu teh vanilla extract
240 ml buttermilk. Sila cari di hypermarket ye. Kedai Runcit Samad tak jual. Sekian.
2 sudu teh pewarna makanan (merah) Nama pun Red Velvet
1 sudu teh cuka
1 sudu teh baking soda
Ini lah buttermilk. Kat Tesco konpem ada...
Panaskan oven dengan suhu 175 degree Celsius.

Adunkan tepung naik sendiri, garam dan serbuk koko. Ayak jangan tak ayak...

Pakai hand mixer sambil goyang Inul. Ahhh~~~

Dalam mangkuk lain, pukul butter bersama gula dalam 2-3 minit. Pastu masukkan telur sebijik demi sebijik. Pastu masukkan vanilla extract dan pukul sebati.


Dalam bekas berasingan, masukkan pewarna makanan dalam buttermilk. Kacau sebati.

Ini lah dia ya... Sila ikut arahan....

Ok ni tricky sikit. Masukkan campuran tepung dan buttermilk ke dalam butter yang dah dibelasah tadi secara selang seli. Paham tak? Masuk tepung dalam butter, pukul. Pastu buttermilk pulak. Secara selang seli sampai selesai. Masuk sedikit demi sedikit, jangan main campak je OK.

Next, amik mangkuk kecik, campur cuka dan baking powder. Biar campuran berbuih sikit, tuang dalam adunan tadi dan gaul segera.

Bakar 175 darjah Celsius selama 25-30 minit atau cucuk dengan lidi. Kalau tarik keluar lidi tu nampak licin je, dah masak la tu. *Amaran: Guna lidi satay OK. Jangan lah hantam saja pakai lidi penyapu laman korang.

Ikut korang la nak pakai loyang apa. Aku pakai yang empat segi je...

Sejukkan. Sambil-sambil tu tengok jam, kalau dah pukul 12.30 boleh tengok Melodi kejap. haha!
Dah siap bakar. Ada crack sikit la. Almaklum lah, first time buat kek...

Lepas dah tengok Melodi dengan wartawan2 sengal belaka tu, boleh la prepare frosting plak.

Frosting
250 gram cream cheese
1 sudu besar butter
1 sudu besar icing sugar
sedikit susu *kalau nak cair sikit...

Campur je semua. Pukul sampai kembang...

Kek dah siap bakar tadi tu potong jadi 2 lapis ye sebab nak letak frosting tuh. Dah sapu frosting kat lapisan, sekarang sapu frosting kat luar pulak. Sapu sikit frosting pastu masukkan dalam freezer dalam 15 minit. Ini untuk memudahkan complete frosting sebab kek ni berderai gila-gila woh...

Sejukkan dalam freezer...

Lepas dah sapu semua frosting tu. Akhirnya! *menari gedik Kak Nita*

Ini lah rupanya Red Velvet cake... Sejukkan dalam freezer setengah jam, pastu boleh DIG IN!

Ini lah dia kek Red Velvet. Selamat Mencuba. Aum!

Selamat Hari Ibu...

p/s: Kepada Pn Ainun Bt Salim, SAYANG SELALU!
signature