Saturday, 26 March 2011

Polis Cepat KO

Hello Hello! Salam semua...

Hari ni nak komen sikit tentang berita dalam Berita Minggu. Dalam banyak-banyak headline, yang paling LOL dan Fakta Benar adalah yang [ni]

Fakta yang dah lama orang tahu, baru sekarang nak heboh dalam surat khabar?

Sangat obvious bukan? Tak payah publish dalam paper pun semua orang dah tau. Kalau dah hari-hari pekena teh tarik, roti canai dengan mee goreng ayam kat mamak wazer, yang sihat pun cepat KO.

Aku bukan anti-polis. Aku rasa pekerjaan seorang polis membanteras jenayah tu murni. Tapi biasa lah orang kita, bila dah diberi mandat dan kuasa mula lah gila kuasa. Pekerjaan yang murni pun jadi macam Sungai Temiang sebelah Pasar Besar Seremban.

Apa kena mengena Sungai Temiang dengan Pasar Besar Seremban? Jangan tak tau, sebelah sungai tu ada jalan. Jalan tu keras jugak la sebab jalan tar. Haha! Mula merapu. Harap maaf. OK back to the strory. Sepanjang jalan tu ada penunggu. Selalunya muncul dalam sekitar pukul 3 - 5 pagi. Siapa yang langgar lampu merah dengan tak pakai tali pinggang memang confirm kena kejar dengan hantu-hantu yang berupa bebola api berwarna biru ni.

Cara nak menghalau hantu-hantu ni senang je. Korang kena bagi pengeras dalam RM20 - RM30. Murah bukan? Daripada korang kena "ekor" RM300, OK sangat la tu. Dan selepas penat mengejar dan menghantui orang, hantu-hantu ni akan melepak kat kedai mamak depan pasar besar Seremban. So, faham-faham lah.

Apa motif hantu-hantu ni kacau orang masih lagi misteri. Setakat ni banyak jugak la lokasi-lokasi berpenunggu ni. Tapi di sini ada petua yang ayah aku selalu bagi untuk mengelak dikejar hantu-hantu bebola api biru ni dan duit pun selamat...

1. Pakai topi keledar/ tali pinggang keselamatan
Sila pakai tali pinggang dan topi keledar. Insyallah, nescaya hantu-hantu tersebut tidak akan mengganggu. Dengan berbuat demikian hantu tersebut tak dapat nak berpaut kat kepala korang atau menarik korang keluar dari kereta. Horror kan?

2. Jangan langgar lampu merah
Ini sangat penting. Hantu-hantu bebola api ni memang peka dengan hal macam ni. Tak kira la sensor jalan bengong tak boleh pakai tu tak nak tukar lampu hijau. Bertapa la korang kat depan traffic light tu sampai timbul keajaiban lampu tu bertukar hijau.

3. Pastikan cukai jalan hidup lagi
Kalau dah agak cukai jalan tu dah nak kojol, cepat-cepat la renew. Hantu-hantu ni memang suka mendamping cukai jalan yang mati. Seram!

4. Kita bakor jer!!!
Sambil tangan lemah gemalai menari ulek mayang...

Dan last sekali jangan lupa baca doa dan ayat Kursi sebelum memulakan perjalanan.

Sekian...

p/s: menurut firasat Tok Batin, gaji hantu-hantu ni sedang dikaji. Naik gaji la lepas ni. Tapi tetap kejar orang.

signature

No comments:

Post a Comment