Pagi ni bangun awal sebab hari ni ada kenduri kahwin. Seperti biasa, sebelum gosok gigi yang bau macam haram jadah, aku check email, blog dengan facebook. Ye la, aku ni ketagih internet. Senyap kau sekarang!
Buka je facebook, ada orang tag kat gambar. Gambar apakah? Sekali buka, rasa sengal mula membuak-buak. HAISH! OK, sebelum apa2, apa perasan korang bila ada orang request nak jadi kawan dalam facebook lepas tu besok dah tag kat gambar suruh beli barang? Jam Tag Heuer, Calvin klein, Guess. WOW! Meriah! Sekali replika.
Sejak bila lak facebook jadi pasar malam ni? Dah tu barangan tiruan pulak. Aiyo, tak takut kena saman ke jual counterfeit items? Facebook medium untuk bersosial bukan untuk berSo-Sial. Sorry la, aku tak shopping dalam Facebook. Walaupun aku ni reformed shopaholic, aku tak beli pakaian atau accessories secara online. Walaupun barangan branded dalam website yang dipercayai.
Aku sanggup meredah jam kat tol Sg Besi, traffic yang haram jadah kat BB untuk beli barangan yang aku nak. Aku pembeli yang sangat hands-on. Kena tengok barang, belek2, cium bau kedai, baru aku beli. Ini setakat tag orang kat gambar amik pakai camera handphone 5 megapixel, dengan harapan orang order. Kot ye pun pakai la SLR ke digital camera ke. Ini tak, gambar semua kelabu asap.
Lagi satu, kalau tak mampu beli barangan ori, tak payah la beli barangan tiruan. Peduli apa aku double A ke triple A, yang tiruan tetap tiruan. Duit beratus habis cuma untuk beli yang tiruan. Zzzz~~~ Baik korang simpan duit tu beli yang ori dan korang boleh simpan kotak ngan paper bag branded tu. OK, diri sendiri yang terasa sebab simpan paper bag yang berkoyan-koyan.
p/s: Next entry maybe pasal Infinite Downline plak. Lagi sengal!
infinite downline 2 lagi bengong..tag org gmbr duit berkepuk2, mcm la duit sendiri..menyampah!! eh teremo kt sini pulak..hehe
ReplyDeletekan3!?? memang sengal! bajet duit melambak2...
ReplyDelete