Petang-petang Ahad yang panas membara ni, nak tidur pun tak dapat. So, apa lagi online la. Macam tak biasa pulak kan. Sambil-sambil online, buka Facebook dengan twitter. Tiba-tiba ternampak link yang yang kawan aku share dalam Facebook bertajuk "Lambang Salib Dalam Clorets Infinity". HUH? INI ISU PANAS!
Seperti biasa, aku memang pantang kalau ada isu-isu panas ni. Nak pulak kalau pasal konspirasi-konspirasi ni. Cepat je klik link tu. Kalau setakat isu "Aku suruh pilih KLCC atau aku, dia pilih KLCC dowh", tak payah la. Aku sula je diorang ni kalau comolot lagi kat Pavilion tu. OK, berbalik ke topik hari ni. Kalau korang nak tengok mcm mana rupa Clorets Infinity tu, pergi la beli kat Tujuh-Sebelas. Tak kuasa aku nak redah jalan jam tengah-tengah panas ni nak beli bendalah tu. Tak pun tengok la kat [sini].
SENTAP! Sekali tengok memang macam salib. Tapi bila diamati lama-lama, apa yang nak dihebohkan? Kenapa perlu paranoid dengan isu-isu macam ni? Itu hanya rekabentuk packaging. Salah ke kalau ada "boning" untuk support packaging tu?
Ada yang argue, "Rekabentuk ni seolah-olah disengajakan. Sengaja reka supaya "boning" tu rupa macam salib. Padahal boleh je buat rekabentuk lain. Propaganda dan konspirasi Kristian ni!", sambil minum Coke dalam McD baru lepas bedal Double Cheese Burger dengan McFlurry.
OH! Not again! Kalau semua benda berpalang serupa salib macam mana? Fuiyooo!!! Macam tu arwah nenek aku Ketua Konspirasi Kristian berpangkat Ibunda la macam tu. Sebab kalau balik kampung, baek punya kat dinding ruang tamu ada palang bertemu dengan tiang. Tak ubah macam salib. Habis la! Pasni kena serbu la rumah arwah nenek aku ni kang. Silap haribulan kena bakar. Haha! Lawak kan? Macam mana dengan semua huruf "t" yang kita dok tulis dan taip hari-hari? Mungkin boleh start tulis Jawi. Berasa sangat loser sekarang sebab merangkak-rangkak tulis jawi. T.T
Sebenarnya aku dah jenuh nak tulis topik pasal benda remeh temeh ni. Tapi bila orang terlalu paranoid, aku rasa macam bangsa aku ni berfikiran terlalu sempit. Kalau betul nak menegakkan kebenaran, ada banyak isu-isu yang lebih penting. Isu buang anak, isu dadah, isu masalah sosial dan macam-macam lagi. Kenapa perlu habiskan masa argue tentang rekabentuk penyegar mulut yang papentah. COME ON! WAKE UP!
Fikirkan lah....
betol3x! diorg nh dah xde keje dh
ReplyDeleteIsu di sini adalah samada lambang salib tu disengajakan atau tidak. Jika disengajakan (sebagai satu cara menyiarkan syiar Kristian) maka kita perlu ada perasaan sensitif dan jangan membeli produk tersebut.
ReplyDeleteJika diamati betul-betul, lambang salib pada kotak Cloret tu memang tiada operational function. Jadi, pada saya, lambang salib itu memang disengajakan untuk tujuan tertentu dan sebagai org Islam, saya sudah pasti tidak membeli produk tersebut.
Palang yang di rumah berbentuk salib adalah tidak disengajakan serta mempunyai fungsi untuk mengukuhkan struktur rumah. Oleh itu ianya bukan contoh yang terbaik untuk perbincangan mengenai isu Cloret ini.
Sekian.
btol tue.. bukan nak paranoid, tapi hal nih perlu disiasat.. hal2 mcm ni tak boley dibiarkan..
ReplyDelete