Ehem2(sambil betulkan cermin mata Betty)... Berdasarkan carian, rujukan dan tilikan Kamus Dewan edisi ke-4, ejaan sebenar tepat, benar lagi saksama adalah K.A.H.W.I.N yang membawa maksud perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah. OK, senyap kau sekarang budak skema rambut belah tepi. T.T
Entah macam mana hari ni tergerak nak tulis entry tentang kawen pulak. Mungkin sebab tadi terkejut beruk Mak Yeh kena belacan bila dapat call dari sepupu aku (sebelah bapak, nama terpaksa dirahsiakan) jemput majlis perkahwinan dia minggu depan, 28/12. WTH! Kenapa aku tak tau yang dia ni nak kawen? Sekarang tau la.
Like, seminggu lagi nak kawen baru bagitau. Macam ada udang di sebalik mee udang. Sila ampunkan kemerapuan ini, masih terkejut beruk OK. Tapi takpe lah, at least bagitau jugak daripada tau2 dah upload gambar nikah dalam FB dengan selamba badak. LOL! Kepada yang berkenaan, sila terasa sekarang.
Aku tak kesah kalau siapa-siapa jodoh dah sampai, dah dapat seruan Illahi. Cewah, padahal umrah pun tak lepas lagi.
Jangan tiru aksi comolot dekat depan Pavilion sambil suruh awek pilih KLCC.
Dowh! Kalau aku pun pilih KLCC dowh!
Tapi sekarang trend kawen muda ke? Kolej pun tak lepas lagi dah nak kawen. Kalau tak silap aku, sepupu aku ni umur baru 21. OK fine, aku umur 23 yang tak pernah bercinta lagi. Loser habis *duduk cangkung menghadap bucu dinding, dunia terasa gelap*
Best tak hadiah kawen ni? Sehati sejiwa gitu.
Note: Tisu jamban, kasut sneaker, majalah Playboy dan 2 orang penyental daki
dijual secara berasingan.
OK lah, apa2 pun aku ucapkan selamat melayari alam perkahwinan. Semoga kekal sampai anak cucu dan akhir hayat.
p/s: tengah pening nak pakai apa masa wedding reception nanti. Tunggu! Nanti diupload gambar2 itu.
haha..jan xtau,dak bru lpas spm pon da gtal nk kawen..tp ak ttarik ngn hadiah ko sbnry!hahaha..
ReplyDeletehaish, gatai btol. spm kantoi terus nak kawen. haha! aku taw ko pun berminat dgn hadiah tersebut... nnt aku custom made satu utk ko. LOL!
ReplyDeletehahha.. i pn sk tang gift tu.. tp yg bath tub je, klo tang satu lg, ampun mak xmampu.. hahyaha
ReplyDeleteok la tu c.nor, mandi sama2, "melabur" pun sama2. haha!
ReplyDelete