Ya Allah, sejak 2 menjak ni asyik bermimpikan mimpi ngeri je. Dan selalunya mesti terputus setengah jalan... Bukan tak pernah bermimpi. Walhal, banyak jugak mimpi yang mencemaskan. Tapi kali ni mimpi yang rasa betul-betul dan memang menusuk di kalbu...
Mimpi 1:
Ditikam bertubi-tubi oleh entiti. Memang menakutkan. Rasanya dalam mimpi ni aku tengah berjalan seorang diri. Kawasan agak sunyi tiba-tiba je kena terjah dengan entiti hitam dan ditikam bertubi-tubi. Siapa entiti hitam tu, Wallahualam... Terjaga je dari mimpi dah pukul 4.30 pagi...
Mimpi 2:
Seorang ahli keluarga meninggal dunia. Yang ini memang meninggalkan kesan di minda. Tak tau siapa yang meninggal tapi yang pasti sama ada abang atau adik. Mimpi kali ni rasa macam real. Aku duduk sebelah jenazah tapi tak dapat cam muka siapa. Muka jenazah agak teruk macam lepas kemalangan. Ya Allah, aku menangis lepas terjaga dari mimpi. Hari tu aku down sepanjang hari...
Mimpi 3:
Baru termimpi pagi tadi. Jantung aku macam nak tercabut lepas terjaga dari mimpi ni. Rasa macam lepas pecut 100meter. Bukan melawak ya. Rasanya aku tengah berjalan-jalan dengan kawan. Dalam bangunan tinggi dan besar yang agak kosong dan sunyi. Siapa kawan tersebut, tak tau la pula. Kami berdua naik lift untuk turun ke tingkat lain. Dalam lift tu ada seorang lagi wanita. Agak ramah dan mesra, tapi tak pasti apa yang diceritakan. Selepas masuk dan tekan butang lift, tiba-tiba lift menjunam laju. Yang peliknya, badan terasa sangat berat walhal lift sedang menjunam. Kalau diikutkan, badan mesti terasa melayang atau terangkat bila jatuh menjunam. Terjaga je dari mimpi rasa macam nak pitam lepas terjaga.
Semua mimpi ni berlaku dalam minggu yang sama. Ya Allah, Engkau berikan lah petunjuk kepadaku...
p/s: Mula dari mlm ni mesti baca Ayat Qursi sebelum tidur...
mimpi ke tiga tuh tandanya ko bakal jadik bidan terjun untuk jadik pembunuh upahan (mean dari mimpi yg first) untuk balas dendam your late family from the second dream.. aahah!!
ReplyDeletesiot jer... hahaha!
ReplyDelete