Friday, 18 December 2009

Melayu Ka? Cina?

Entah la.... Tu la dilema aku dari sejak lahir lagi... Aku bangsa Melayu berketurunan Cina... Boleh pulak kan... ish2... Bila berlaku perkara yang menyetuh sensitiviti kaum, aku rasa macam berbelah bahagi... tak tau la nak sokong yang mana... Kadang kadang kalau diperhatikan, dua-dua belah pun sama jer... Sampai satu tahap aku malas nak amik kesah... boleh tak aku nak jadi orang lain? Bukan Melayu bukan Cina?

Boleh!
Jadi orang MALAYSIA!

Bukan aku nak menidakkan keturunan aku... Aku bangga jadi anak berdarah campur... Tak ramai orang yang boleh mengalami dan menyelami 2 budaya dalam masa yang sama...

Tapi bila berlaku sentimen perkauman, yang terbaru sekali... Berlaku dalam lingkungan U sendiri... Semua ni berlaku bila masyarakat dah tak reti menjaga tatatertib dan had-had tertentu... Menghentam orang tanpa menjaga adab dan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain... Sekarang siapa yang susah? AKU JUGAK! Dah tak tau nak menyebelah siapa. Tapi dalam hal kerkenaan perlakuan Ong S**** Y*** dalam Facebook memang terang lagi bersuluh yang dia dan kawan kawan dia yang bersalah...

Bila dah tau sesuatu komen dalam status yang agak sensitif, tolong la delete... Bagi aku, meninggalkan komen-komen macam tu seolah-olah sengaja mencari pasal... Kau sebagai mahasiswa tolong la behave seperti seorang yang layak masuk ke menara gading... Walau tak semenggah mana pun perangai, jangan lah sampai terbawa ke Facebook yang sah-sah akan tersebar macam H1N1 yang sememangnya berpunca dari ba-alif-ba-ya...

Kita belajar Hubungan Etnik, TITAS, Kenegaraan cuma sekadar untuk memenuhi syarat Teras Universiti, CGPA dan jam kredit... sedangkan kita tak pernah mendalami apa misi, intipati dan matlamat utama subjek-subjek ni diwajibkan di semua IPTA... bukan sekadar untuk mendapat tips, carry mark yang tinggi dan dapat A... Bukan bertujuan menimbulkan sentimen perkauman, memperkatakan soal ketuanan, hak istimewa dan lain-lain... tetapi untuk mengenali antara satu sama lain dan menimbulkan toleransi...

Kenapa ayah aku, Cina dan mak aku, Melayu (ok fine, Jawa) boleh hidup bahagia? Ayah aku tak pernah menyoalkan tentang ketuanan Melayu atau hak istimewa Bumiputera. Mak aku tak pernah menyoalkan, kenapa kaum Cina boleh hidup senang-lenang walaupun tak diberi hak istimewa seperti Bumiputera. Mak dan Ayah aku tak pernah menyoal cara hidup bangsa masing-masing... Kenapa mereka boleh?
Jawapannya senang dan ringkas....

Ayah dan mak aku menolak ketepi soal bangsa, kaum, etnik atau apa-apa saja yang menjadi penghalang. Bangsa, kaum atau etnik bukan persoalan utama... Tetapi apa yang ada dalam hati....  Jangan biarkan anasir-anasir luar menjadi pengaruh minda... Dan pengaruh-pengaruh itu datang dari bangsa sendiri. Ya! Orang Melayu pengaruhi orang Melayu, orang Cina pengaruhi orang Cina... Begitu juga kaum2 lain. Semuanya hanya untuk kepentingan diri sendiri...
KETEPIKAN!

Jika mak dan ayah aku boleh, kenapa kita tidak?

p/s: Fikir dahulu sebelum bersuara. Lidah lebih tajam dari pisau... Kata-kata lebih berbisa dari racun...

8 comments:

  1. datang sabah sarawak baru nampak 1Malaysia.

    ReplyDelete
  2. betul... mmg nmpk bersatu walaupun byk etnik dan kaum...

    ReplyDelete
  3. Cukup menarik post ni.I'm fully Chinese.And I am mixed with Malaysian Chinese With Singaporean Chinese.Different Country.And I am still a chinese.My class,go 15 people.2 chinese and one mixed malay with chinese.the rest all Malay.Tapi, I can tolerate with them, as long as ,they don't raise something very sensitive.Eventhough sometimes they did, tapi...I kena sabar jugak.Sabar is better than fight.

    Saya rasa, sangat menyentuh hati saya apabila seorang yang darahnya bercampur mengeluarkan rasa tidak puas hatinya.

    Sebenarnya tidak begitu rumit.Cuma tahap toleransi yang bagaimanakah dikatakan dapat memupuk perpaduan nasional di negara kita.Saya sangat setuju dengan pandangan anda, Kenegaraan, Titas, Hubungan Etnik cuma subjek yang wajib semua pelajar ambil.Tapi, adakah sekadar subjek ini mampu untuk memupuk perpaduan padahal, saya cuma perlu hafal, buat projek, dan jawab soalan final..Saya rasa benda macam ni, bukan sesuatu yang boleh diukur dengan sekadar A B C D E F. Walaupun saya masuk kelas, saya tetap akan rasa sakit hati apabila timbul isu-isu sensitif yang tak patut diungkitkan. Tidak perlu saya panjang lebarkan benda perkara ini..

    Tapi, terdapat pensyarah yang cukup prihatin.Seperti Pensyarah Pengajian Moral saya yang sangat saya sanjungi.Beliau tidak pernah memijak-mijak pelajarnya cuma disebabkan berlainan bangsa dan agama. Tidak pernah beliau mengukur kelebihan agamanya dengan agama yang lain.padahal, subjek itu Pengajian Moral. Ada pelbagai agama di dalam silibus.

    Status Quo, soal siapa yang datang dulu, memijak di tanah kepulauan melayu.Sering saya dengar. Tetapi, dengan mentality kelas ketiga sebegini, tidak mugkin dapat mencapai matlamat negara, 1 Malaysia,dengan mudah.Semuanya soal kepentingan dan toleransi kaum masing-masing.

    Regards

    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. lepak ar bro emosi plak... hujung bulan kta jumpa okeyh?? muuaah rindu kat hang!

    ReplyDelete
  5. @nic da nic kalau lah rakyat malaysia bermentaliti seperti rakyat sebuah negara membangun, mungkin hal ni takkan terjadi...

    @varms thanks vans... it's something dat hv been bugging me since the facebook "incident"... UMT is so famous for controversy...

    @sang kamen aku bkn emo... tapi nk menyampaikan pendapat... kalau bkn kat blog, mana lagi nk discuss pasal hal ni...

    ReplyDelete
  6. i wish every Malaysian think like u do..

    ReplyDelete