Saturday, 29 January 2011

Kilafairy...

Kenal Kila? Kila who? Kilafairy...
Kilafairy the next Bombshell...

Kilafairy & Shahz Jaszle. Ada yang fabulous macam ni pun nak gak Maria Farida. *sigh*

Kenapa orang dok heboh pasal bibir? Personally, aku rasa the best feature 
adalah mata dan high cheekbones dia...

Ala2 Megan Fox gitu. AUW!

HOMAIGOD! *tiru gaya cik Siti Nazihah*

Kilafairy ni rupanya anak bongsu penyanyi Rohana Jalil. Patut la ada iras-iras sikit. First time terbaca artikel akhbar Berita Minggu dalam sisipan BiPop beberapa minggu lepas, reaksi pertama, HOMAIGOD! Goddess mana ni!

Seriously, siapa yang kata Kilafairy ni tak gorgeous memang sah2 lah jealous. Memang ada complete package untuk jadi the next Malaysian Bombshell. Seingat aku, Malaysia pun dah lama takde Bombshell seperti Kilafairy.

Dengan bakat nyanyian yang ada, Kilafairy dah pun bernaung di bawah syarikat KRU Studios. Amboi3! Pantang nampak, terus sambar ye En Edry. Hehe! Yela, siapa cepat dia dapat. Gigit jari je lah recording company lain. Selain nyanyian, Kilafairy berlakon filem seram Karak.

Bak kata orang, kalau dah rezeki badan, muka lawa vavavoom macam Kilafairy ni macam2 tawaran muncul. Bagus la, kita tunggu lagu single pulak.

Agak2, bawa genre apa?

sumber: bharian.com.my, dailychilli.com
signature

Thursday, 20 January 2011

Britney dan Lady Gaga Perang Mulut!

*mode tukar alter-ego*

Hey uols! Amboi3! *Betulkan spec besar ala2 Azwan Ali*

 Pop Diva vavavoom siapa lagi kalau bukan Britney "pukul aku sekali lagi" Spears dan Lady GaGa si minah Illuminati (yeke?) tengah berperang mulut OK! Ku semangat! Kalau tak lemah jantung sila tengok...

Alkisahnya bermula kat Youtube...


Sila jangan buka sambil pasang speaker dan sub-woofer. Pilihan ayat2 yang agak lahanat ye. LOL! Jangan salahkan aku kalau anak korang dah pandai sebut motha-fucka. Ooppss.

Amacam? Ada putus urat perut? ROTFL!

Memang lawak ah video ni. Masuk ni dah 6 kali aku tengok. Memang ketawa tahap nak terkincit dah. Sah2 la siapa yang upload video ni memang takde kerja.

BritneyS: It's Britney B**ch...
LGaga: Talk to my imaginary penis...

HAHA! Tu saja aku tambah

Dah2! Pegi sambung balik kerja.
signature

Saturday, 15 January 2011

Blogwalking Yang Annoying...

Hujung-hujung minggu ni, aktiviti utama selepas sarapan dan belek2 surat khabar harus lah blogwalking. Saja nak jalan-jalan tengok blog orang. Sambil-sambil tu drop comment dan cari idea baru untuk memajukan blog sendiri. Cewah! Ayat tak boleh blah. hehe!

Masa blogwalking, macam-macam style blogging ada. Ada tech-geek, fashionista-wannabe, SS (syok sendiri, mcm aku T,T), politik (macam2 ada!), yang pandai hentam orang je pun ada dan macam-macam lagi lah. Jenuh nak list semua. Itu baru style blogging. Belum cerita pasal design blog lagi. Lagi la macam-macam design ada nak tarik pembaca singgah blog.

Macam-macam teknik dan cara nak tarik pembaca. Ada blog colorful habis/ rainbow color. Ada yang 100% pink, khas untuk perempuan dan yang tak berapa nak perempuan. Ada yang guna widget untuk letak lagu, video, iklan dan macam-macam lagi.

Tapi sangat annoying bila blogwalking di...

Contoh 1:
"Camat pgi shume! Wow, pgi yg shangat indah! Tapi duk kat rumah jewr baru mamam bekfes sbb nak tulis n3 pki ayat yg shengal utk dibaca. Santek tak I?"


Apa pendapat korang tentang style orang menulis blog macam ni? Sangat annoying kan?
Kenapa perlu tulis macam ni? Paper BM kantoi ke sampai tak dapat nak tulis elok2? Secara jujurnya, cara penulisan blog seperti contoh di atas sangat la menyengalkan otak apabila dibaca. Rasa nak sekeh2 je kepala penulis macam ni.

Ayat dalam blog aku bukannya sempurna pun. Ala2 bahasa pasar je. Tapi sekurang-kurangnya senang nak faham dan orang tak tertanya2 "Sengau ke terencat penulis ni?".

Contoh 2:

Widget lagu yang AUTO-PLAY.

Waduh2! Sakit telinga oh bila blogwalking kat blog yang ada widget macam ni. Bukak je blog, amik ko! Pekak kejap. Aku ni jenis yang suka dengar lagu pakai earphone sambil blogwalking dan tiba-tiba ada pulak blog yang letak lagu auto-play. Full volume plak tu. Haish!

Aku tak kesah kalau nak pasang widget lagu yang auto-play. Tapi kalau boleh, control la volume nya. Bayangkan kalau pasang speaker dan sub-woofer, satu taman dengar lagu Lagenda Budak Setan. Tak pasal2 kena label mamat dalam-hati-ada-taman. T,T

Contoh 3:

Entry 4, 5 line dengan topik yang bukan2 tapi promote bagai nak rak.


Sengal dan annoying. Sekian (nak jimat ayat)

Setakat ni, tiga je la contoh2 yang ada. Nanti kalau ada apa-apa lagi yang menyampah aku update lagi. Haha!

OK lah, tak nak merapu banyak2 nanti kena cop blog annoying.

Spread the LOVE, not HATE.

signature

Thursday, 13 January 2011

Peritbahasa

Hari ni aku nak memperkenalkan peribahasa moden aka peritbahasa. Sekadar untuk gelak ketawa saja ya. Jangan pulak korang tulis dalam karangan SPM pulak. Nanti kertas BM tak dapat A+ jangan salahkan aku. Terkenang kertas BM aku yang dapat A2 T.T


~Bulat air kerana pembetung, bulat manusia banyak makan 


~Kerana pulut santan binasa, kerana mulut pulut habis 


~Indah khabar daripada BBM 


~Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk parlimen “Selamat Datang Ke Zoo Negara” 


~Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Dah tahu patah buat apa simpan. 


~Yang berat sama dipikul, yang ringan buat tak nampak 


~Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, berempit-rempit dahulu, mati katak kemudian

~Ada ubi ada batas, ada hari aku rebus 


~Sudah gaharu cendana pula, sudah SMS BBM pula


~Alah membeli, pokai memakai 


~Terlajak perahu dapat berundur, terlajar kereta masuk gear reverse 


~Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya bukak GPS 


~Ditelan mati emak, diluah mati bapak, kulum sajalah 


~Bagai menatang Frappucino yang penuh 


~Bagai kera mendapat iPad 


~Matinya semut kerana diabetes 


~Alang-alang menyeluk pekasam, jari busuk korek hidung 


~Cakap siang pandang-pandang, cakap malam buka YM 


~Diam ubi berisi, diam besi berkarat, diam kau sekarang 


~Bagai Cik Gayah pulang petang


Kalau Pendeta Zaaba hidup lagi, mampuih den kono sosah.

p/s: Pn V.Sam yang mengalir air mata sadis membaca sambil menocang rambut
signature

Tuesday, 11 January 2011

Facebook Tak Akan Shut Down La "Pandai"!

Korang terbaca tak rumor pasal pengasas Facebook nak hentikan operasi Facebook 15 Mac ni? Kalau korang tak baca lagi artikel tu, semuanya bermula di Weekly World News.

Header website haram jadah kepala anak hantu/toyol. 
Itu pun korang percaya =,="


Pengasas, Mark Zuckerberg yang kononnya dah stress handle facebook


Heboh la satu dunia bila "berita" Facebook akan dihentikan keluar kat Weekly World News. Sadis woh! Wall Facebook aku yang melambak-lambak orang update status ada yang nak pengsan la, hidup akan sengsara la, nak terjun bangunan la. Aiyo, dah macam depress tahap berak sembelit tak lepas la pulak rupanya.

Fear not! Meh sini aku bagi remedy pelawas korang.

Sebenarnya, FACEBOOK TAK AKAN BERHENTI LA "PANDAI"!!!! TAK BERHENTI!!!! ADA FAHAM? Tu la, makan banyak sangat kepala ikan bilis. Semut dalam air pun teguk je. Tu yang otak tak berapa nak berkembang tu.

Korang percaya kat website puaka yang tulis artikel2 macam ni?

Lari!!! Ultraman! Power Rangers! Where are you? Bertukar!


Nok! Jangan tak tau, Megan Fox yg melepss tu mak hayam bapok! Tipah tertipu uols!

Dah, puas hati? Website yang ala2 Mastika zaman 90an macam ni pun korang nak percaya. Even Mastika pun dah tak tulis artikel macam ni. Mastika tulis pasal gejala sosial je tau sekarang. Ha! Kalau nak convince lagi, meh baca [sini], [sini] dan [sini].

Pelik2. Kenapa bila ada apa2 rumors, semua orang kena panic attack. Tak reti2 nak selidik ke, search kat google, apa2 je la. Belum apa2 dah sentap. Buat la research! Ni tak, terus update status bagai, menangis2 macam mati anak.

Dah pergi sambung balik kerja!

Oh, sengal!

p/s: Kalau betul la si mamat Mark ni stress sangat handle facebook, meh pas kat aku. Facebook worth $50 Billion tu!
signature

Tuesday, 4 January 2011

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

Mari... mari... Kalau rasa nak tambahkan bilangan follower yang umpama hidup segan mati tak mahu macam blog aku ni T.T, jom baca [entry] ni.

Bukan tak bersyukur dengan pembaca yang ada, tapi rasanya sudah tiba masa untuk mengembangkan blog ini sekembang badan aku ni yang memang kembang. Senang je, ikut langkah2 yang diberikan.

Kepada followerku yang setia membaca entry aku yang merepek, mengutuk ni, I Lap You more lah!

tag: Cik Tim, Sette, Cik Nor, Mek Ti Jangan lupa try OK!

signature

Sendiri Cari Pasal...

Rutin harian, sebelum start tugasan apa-apa pun, aku akan pastikan aku selak2 surat khabar untuk ambil tahu serba sedikit berita mutakhir. Dan setiap kali tu mesti ada kes rogol. Apa sebenar punca berlakunya rogol?


Bila baca berita ni, aku langsung tak kasihan kat betina ni. Maaf la kasar bahasa. Yang si jantan perogol ahli neraka tak payah aku cerita la. Penjelasan kenapa aku tak kasihan langsung dengan "mangsa rogol" ni,

"Gadis berusia 15 tahun itu dikatakan menghantar gambar bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia MMS selepas hanya seminggu mengenalinya, walaupun belum pernah berjumpa"

You tell me! Perlu ke aku ke rasa kasihan?

"Siasatan mendapati mangsa DIROGOL BEBERAPA KALI DALAM EMPAT pertemuan diaturkan suspek di beberapa hotel di sini"

Dirogol BEBERAPA KALI dalam EMPAT pertemuan? Kau kalau dah takut kantoi dengan parents kau beromen dengan jantan mana2 ntah baru la nak kata kena "rogol" kan? Kenapa tak melawan kalau di"rogol" beberapa kali? Ke memang nak rasa kena "rogol" sebab dah sangap?

Baru masuk Form 3 dah pandai hantar MMS bogel siap kena "rogol" bagai. Kalau dah Form 4? Form 5? Masuk U? Perut buncit, 9 bulan kemudian campak anak kat longgok sampah.

ARGHHH!!! Macam-macam la!

Ini bukan berita mutakhir la!!!

sumber: bharian.com.my
signature

Sunday, 2 January 2011

Ligat Korang!

Amboi amboi amboi!!! *sambil betulkan shade frame besar, wiggling pinky*

Ligat betul korang dengan entry pasal bra laser ni kan?

Nampak sangat tengah sangap bra laser. HAHAHAHA!!!
signature

Saturday, 1 January 2011

Perangai Macam Dubuk...

Kat Seremban, kalau nak keluar melepak tengah2 malam haruslah di McD Senawang. Buka 24 jam, duduk la ko terbungkang kat situ sampai Subuh pun boleh... Seperti biasa kalau melepak di tempat yang terbuka atau open for public memang agak bising la... Yela, time weekend la budak-budak dari ceruk mana2 keluar melepak. Nak2 pulak ada match bola sepak. Lagi riuh.

Tapi aku tak kesah sangat, biasalah nama pun open air. Tapi kadang-kadang tu ada jugak makhluk2 Allah yang tak reti adab bersosial. Cuma perangai je So-Sial. Mat-mat rempit bajet bagus dengan t-shirt kecik, boxer atas pusat, seluar londeh. Gagak2 sesat. "Pontianak" dan "langsuir" mengilai. Oh, bingit oh!

Tapi malam tadi masa melepak dengan Mr K kat McD, rupa2nya dubuk pun ada daaa...


Kenapa orang ingat, bila diorang bayar sesuatu mereka boleh buat apa2 je sesuka hati diorang. Konon "Aku bayar Coke gelas kecik ni, suka hati aku la nak buat apa", diorang boleh buat macam kat rumah sendiri.

Berbalik pada dubuk sesat dari Zoo Negara. ASTAGA! Nama je pakai tudung lintup. Tapi seperti biasa, pakai baby t dan jeans sendat nak mampus. OK, fine. Itu hak masing2 nak pakai apa. Tapi perlu ke gelak cam pontianak atau langsuir mengilai. Member pulak gelak macam tak cukup udara. Annoying OK! Satu McD yang pandang jeling keji. Dah tau orang pandang bukannya tau nak control, makin annoying macam dubuk tengah mengawan. Aku tak tau la macam mana bunyi dubuk mengawan, tapi kalau binatang mengawan sangat annoying bunyinya.

Para pembaca sekalian, sila jangan tunjuk kehodohan perangai anda di khalayak ramai dengan gelak dubuk. Huduh bebenor ghopenye!

p/s: Dubuk atau hyena adalah spesis yang berkait rapat dengan famili kucing (feline) walaupun muka cam hanjing haram jadah. Harap maklum.

signature