Thursday, 29 April 2010

Kenapa Terengganu Perlu Ultraman

Sebagai bekas penduduk tetap di Terengganu, aku ada alasan kukuh kenapa Terengganu perlukan Ultraman. Yela, kira kalau dah tinggal kat Terengganu selama 3 tahun, gile ko kalau bukan penduduk tetap.

Dari segi pengamatan dan kajian yang telah dijalankan, aku telah mendapat bukti yang kukuh kenapa Terengganu perlukan bukan Batman, Superman atau Power Rangers tapi Ultraman. Tengok la sendiri buktinya...


Ha! Kan aku dah cakap, kat Terengganu memang perlukan Ultraman. Tapi walaupun Godzilla ni ganas tapi tak seganas dan sebesar raksasa seterus ni... Bak kata orang putih, take a look at you own risk...

 10

9

8

7

6

5

4

3

2

1

Ganas siot. Gile ko tak ganas. Anak sepupu aku lari lintang pukang nampak bendalah ni. haha!

p/s: Selamat menternak lemak bagi semua yang tengah tunggu nak konvo...






Meroyan...

Haish... Masa study sebuk nak balik rumah. Dah habis study bosan pulak duduk rumah. Bayangkan hari-hari menghadap Astro sambil mengunyah makanan (bila la nak insaf gendut ni). Pastu duduk menghadap laptop pulak. Nak pulak dah dapat broadband. Bak kata mak, "Nama je dah balik, tapi dok terperuk dalam bilik. Dah dapat broadband lagi la".

Oh bonda dikasihi, patik tahu tuanku mahu menyuruh patik menjadi driver terhormat. Mak Long sedang pun menunggu di rumah beliau menerima kunjungan tuanku. Silalah jangan segan silu menyuruh patik hantar pergi mana-mana pun. Ahaks! Apakah?

Ingatkan lepas adik dah habis SPM tak payah bangun padi2 buta jadi driver terhormat lagi, sekali makin banyak pulak destinasi yang dituju. Tapi dari duduk terperuk kat rumah je, lagi elok jadi driver. Boleh gila meroyan oh duduk rumah hari2

p/s: Kasut2 yang disayangi yang dipos dari T'ganu dah sampai. Nampak je kotak terus mencarut. &%@&%#&

Thursday, 8 April 2010

Sehari Di Sekayu

WAHHH~~~~ Hari ni hari yang paling best dan paling memenatkan... Program hari ini adalah Sehari Di Sekayu... bahaha!!!

Nak pergi Sekayu bukan nye susah pun. Kalau korang drive cam Ucop, 30 minit bleh sampai (pecut 130, nak tercabut jantung). Kalau dah ada kat K. Terengganu, ikut je tanda jalan ke Kuala Berang, gerenti sampai... Kalau sesat sah2 la otak lampi...

Sedang cam whoring...

Muka nikmat CT selepas dapat makanan...

Bersama CT dan Ucop
Oh~~~ Aku akan rindu ngan perangai psycho korang...

Rasa penat tul hari ni... Walaupun bukan aku yang drive (I LOIKE!) Seharian berendam cam badak... Ahakz!

p/s: Tak dapat upload gambar semua orang. Permintaan empunya badan... huhu~~
p/p/s: Menghabiskan "sisa-sisa" hidup di Terengganu dgn penuh bermakna...