Wednesday, 27 April 2011

Bila Yang Kertu Ditazkirah...

Bagi aku bila seseorang tu dah mencapai suatu peringkat umur, bak kata 50 atau 60 tahun ke atas, mesti kita expect seseorang itu agak alim dan lebih menitikberatkan soal agama kan?

Tapi apa akan terjadi bila orang yang dah lanjut usianya masih mempertikaikan kuasa Tuhan? Hermmm. Aku bukanlah alim sangat. Tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah mempertikaikan kuasa Yang Maha Esa.

Kalau nak tahu maksud aku, check this out!

"SEREMBAN: Seorang anggota pembangkang yang mempersoalkan kandungan talkin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan 'tazkirah' selama 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Isnin.

Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talkin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.

"Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?” kata Rashid dalam soalannya."

Bila aku terbaca berita, tersedak kejap. Lalu tersengih kerang busuk. 

Dan MB Negeri Sembilan pun jawab 

"Mohamad menjawab: “Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talkin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati.” Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya “jangan asyik membeli nombor ekor” dan melupakan hal kematian.

Ketika ini beberapa orang penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (Pas-Paroi) pula menundukkan muka. - BERNAMA"

Mesti korang tak percaya kan? Video pun ada kalau korang nak tengok.


Bagi aku, takde perkara lain ke nak diketengahkan dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen? 

Walaupun bagi seorang yang tak alim macam aku ni, aku rasa boleh tak soal agama JANGAN DIPOLITIKAN! Agama itu bersifat NEUTRAL. 

JANGAN CUBA NAK CEMARKAN DENGAN UNSUR-UNSUR ATAU FAHAMAN POLITIK SENDIRI.

Semua ni ditujukan kepada semua parti politik. Semua tidak terkecuali!

p/s: Macam mana aku nak mengundi kalau semua macam hampeh...
signature

Saturday, 23 April 2011

Polis Tak Sorok Lagi

Betul! Polis tak main sorok-sorok dah. Macam mana aku tahu? Aku tahu la!

"Sembunyi balik tiang tangkap pesalah trafik kaedah lapuk


SHAH ALAM: Polis tidak lagi akan bersembunyi atau menyorok di sebalik pokok, tiang atau dinding di lokasi tertentu di jalan raya hanya semata-mata untuk mengesan pesalah trafik...."

Betul! Dah tak menyorok! Sekarang ni polis berdiri kat open air, terang-terang kat tepi jalan. Seperti:


Selekoh tajam U turn kat Seremban Parade. Kalau korang orang Seremban, mesti tahu betapa tajam nya selekoh ni. Boleh drift or corner baring la. Selekoh ni dah la bahaya. Corner punya corner, sekali abang misai panggil nak bagi surat cinta sebab tak  pakai tali pinggang. Bukan aku ye. Saya pemandu berhemah. haha!


Selekoh tajam lepas Taman AST ni memang berpuaka. Jalan ni selekoh dah la tajam, lepas ni turun cerun bukit angle 60 degree. Kalau kat sini memang aku free gear je. Dah la sepanjang jalan semak-samun penuh ngan pokok, sekali abang-abang misai ada pulak. Jaga-jaga lah ya. Nanti dapat surat cinta di sini.

Baik tak aku tolong illustrate kan? Baik kan3? Tapi ada je orang yang salah anggap kat aku bila aku tulis [entry pasal abang-abang misai ni]. Belum merasa lagi penangan abang misai, main komen je senang la kan? Cuba bertepek surat saman kat muka. Tak haru? Abang misai pun suka la...

Kenapa aku tulis abang misai? Macam geli je. Euw! haha!

p/s: Headline macam ni frontpage-worthy ke? Motif? Banyak la berita-berita mutahir yang lebih penting.
signature

Friday, 22 April 2011

RANKING UNIVERSITI TERBAIK DI MALAYSIA 2011

Ini adalah senarai ranking universiti-universiti terbaik di Malaysia untuk tahun 2011. Banyak jugak universiti yang tak dijangka berada di Top 20.

Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
    1. Klik-klik untuk senarai penuh...
    2. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    3. Universiti Tunku Abdul Rahman
    4. Universiti Malaysia Terengganu
    5. Universiti Malaysia Sarawak
    6. Universiti Tun Abdul Razak
    7. Monash University Malaysia
    8. Universiti Industri Selangor
    9. Wawasan Open University
    10. UCSI University
    11. Curtin University of Technology Sarawak Campus
    12. Asia Pacific Institute of Information Technology
    13. International Medical University
    14. Help University College
    15. Tunku Abdul Rahman College
    16. Al Madinah International University
    17. Universiti Kuala Lumpur
    18. National Defence University of Malaysia
    19. Segi College
    20. Universiti Sultan Zainal Abidin
    21. Universiti Malaysia Kelantan
    22. Limkokwing University of Creative Technology
    23. KDU College
    24. Selangor International Islamic University College
    25. Sunway University College
    26. Malaysia Theological Seminary
    27. Malaysia University of Science & Technology
    28. Olympia College Malaysia
    29. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
    30. Malaysian Institute of Management
    31. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
    32. INSANIAH University College
    33. Taman Pertanian University
    34. Kuala Lumpur Infrastructure University College
    35. International Centre for Education in Islamic Finance
    36. Majlis Peperiksaan Malaysia
    37. Cyberjaya University College of Medical Sciences
    38. Disted-Stamford College
    39. Berjaya University College of Hospitality
    40. Asia e University
    41. KBU International College
    42. New INTI College
    43. TATI University College
    44. Nilai International College
    45. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
    46. AIMST University
    INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.

    Herm... Kalau size sesebuah universiti dijadikan faktor/ukuran, memang tak hairan lah UMT di tangga 23. Kira OK la tu kan. Walaupun kecil tapi masih di tangga 23 out of 65.

    Komen?

    source: topstudylinks.com
      signature

      Sunday, 17 April 2011

      Negara Paling Mesra Di Dunia

      Survey yang dijalankan oleh HSBC Bank International's Expat Explorer menyenaraikan Top 10 negara-negara yang paling mesra di dunia.

      Untuk menentukan rank kemesraan sesebuah negara, empat kategori dititikberatkan : Keupayaan untuk bermesra, keberkesanan mempelajari bahasa tempatan, keupayaan untuk berintegrasi ke dalam komuniti, dan tahap kebolehan untuk "fit in" dengan komuniti.

      Dan hasilnya... *sila ketuk drum*

      1. Canada

      2. Bermuda

      3. South Africa

      4. USA

      5. Australia


      6. Spain

      7. France

      8. U.K

      9. Malaysia

      10. Germany

      Malaysia pun ada. Kenapa? terkejut ke?

      source: forbes.com
      photo credit: greenwichmeantime.co.uk, at-communication.com, rhinocarhire.com, travelglobep.com, personal.ceu.hu, makebiofuel.co.uk, citypictures.org, 2cuk.co.uk, hoohaa.my, etftrends.com

      p/s: 1.Tiada negara dapat menandingi kemesraan Bob Mesra. ha!
            2. Kena la bagi photo credit walaupun berjela2 panjangnya. Saya blogger beretika ye. haha!
      signature

      Wednesday, 13 April 2011

      Ala Tomei Tomei!

      Agak dah berkulat blog ni. Rupa-rupanya dah 10 hari tak update. 
      Hari ni nak tunjuk video yang shomei shangat. Serious shomei! Eh, apasal aku terikut nada pompuan sengal ni. Tengok je la...


      Comel kan? Jumpa video ni kat http://blogserius.blogspot.com/. Check it out!

      p/: Nak pegi gomol2 kucing...
      signature

      Thursday, 7 April 2011

      Kilafairy @ ABPBH '10

      Gambar Kilafairy semasa di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Vavavoom!

      Very MINIMAL CHIC. Tak payah embroidery or whatever appliqué pun dah nampak lawa

      Werk it girl! Clean and effortless look. Love it!

      Pose bersama Mama Rohana Jalil. Meletop anak Mak Rohana. He!

      Orang tertanya-tanya kenapa aku suka sangat post entry tentang Kilafairy. Obsessed? Tak kot. Kalau obsess mesti sampai tahap stalker tegar. That's not my style y'all...

      Ada sesuatu tentang Kilafairy yang aku suka. Mungkin raut wajah dia yang ala2 good girl gone bad. Tak macam artis wanita lain yang cuma harapkan muka comel. Padahal perangai haram jadah sengal sambil mengatakan "No Komen" setiap kali diaju soalan pasal gossip.

      Firasat aku mengatakan Kilafairy ada potensi menjadi huge star...

      Kita tunggu dan lihat.
      signature