Wednesday, 29 December 2010

Auman Harimau Malaya!

Tahniah team Malaysia kerana menjuarai Piala Suzuki AFF 2010!!!
Auman ganas nyata berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno. Terima kasih Safee Sali for the goal. And Khairul Fahmi,wa tabik sama lu! Tangan macam magnet OK, kena serang bertubi-tubi pun tetap STEADY. Walau apa2 pun, match malam ni memang sengit. Team Indo memang ganas. Tak habis2 serang gol. Naik semput aku menjerit, tak cukup oksigen. Good job team Indo...

Namun persoalannya, di mana Jupe? Nak jugak tengok bra laser dia tu. Hahaha! Mengada-ngada plak aku kan. Ampun ya Jupe... 0-0 OK... Start again with a clean slate...

Love Malaysia, Love Indonesia. Kita semua serumpun...

Maju sukan untuk negara!

p/s: tak pernah2 entry pasal bola sepak. buang tabiat apa?
signature

Tuesday, 28 December 2010

Julia Perez Nak Kacau Pemain Malaysia?

Julia Perez? Siapa Julia Perez? Pelakon? Penyanyi? Supermodel? *nada Mak Dara*

Entah lah. Aku pun tak kenal minah Indon ni. Oppss. Menurut kawan aku di UUM, orang Indon tak suka digelar Indon. Call us org Indo please. Fine! Gedik betul... So, hari ni masa membelek-belek muka surat akhbar Berita Harian, terbaca satu headline bertajuk "Julia Perez mahu pakai baju seksi kacau pemain (bola sepak) Malaysia"

Dan setelah berhempas pulas mencari akhirnya ada jugak gambar Yuli Rachmawati aka Julia Perez yang tak berapa nak merembes kalau tengok.

Ni lah dia Julia Perez. Lurah dendam tersergam

Julia Perez? Seangkatan dengan Perez Hilton ke? Kenapa nak pakai seksi? Kenapa nak kacau pemain Malaysia? Google to the rescue! Selepas kaji selidik dan segala stalking yang telah dijalankan, rupanya minah Indo ni memang artis daring vavavoom meletop pakaian tak cukup kain uols! Kak Limah mati hidup balik! Merah putih mataku!

Tak percaya? Tengok kat [sini], [sini] dan [sini]. Baca profile Julia Perez di [sini] y'all!


Ala, artis Malaysia pun ada je yang dress up macam ni. Cuma tak tayang kat orang ramai jer. huhu...
So kisahnya bermula bila orang Indon. Oppss, Indo, buat kecoh kat Twitter. Semalam Malaysia famous ok! Tak pasal2 jadi Trending Topic of the day. Famous kena caci maki orang Indo la. Kononnya penyokong Malaysia guna  laser pointer suluh mata penjaga gol team Indonesia lah. Ada pulak kata team Malaysia kuat mandrem. 

Nak cari shade frame besar jap...

Amboi Amboi Amboi! *wiggles your pinky people* Suka hati korang je nak tuduh yang bukan-bukan ya!


Habis tu kerja siapa pulak yang suluh laser kat penjaga gol Malaysia? Orang tak akan tiru kalau takde orang yang mulakan dulu. So sekarang nak cakap apa? Kalau nak tau lebih lanjut, meh baca kat [sini]. Any comment Julia Perez?

Berbalik kepada Julia Perez, musykil jugak. Setakat ni gambar-gambar yang nampak kat Google semua memang standard Playboy aku rasa. Ada yang lagi seksi ke? Agak-agaknya, Julia nak pakai apa ye?

Sebagai peminat Lady GaGa tegar, ini adalah cadangan dari aku sebagai fashion designer hampeh...

Instead of Disco Stick, I give you Disco Balls. OK?

Very Lady GaGa in Alejandro. Rifle-bra. Boleh propose kat Victoria's Secret ni...

Ha! Yang ni sesuai kalau nak sangat balas dendam dengan "lurah dendam" tu. Bra laser!
Bayangkan masa tengah match...
Laser in motion y'all!

Salah crowd la pulak. He!

Haha! Just for fun OK. Tak boleh lebih-lebih. Tak pasal2 nanti #IHATEFAUZEEWONG jadi trending topic. Glamer aku kejap!

Julia Perez jangan marah-marah dong. Ya, lu hot banget kok. Gue bisa pingsan lihat lu!

Spread The LOVE! Not HATE!
photo credit: photobucket.com, bharian.com.my


signature

Friday, 24 December 2010

Ho..Ho...Ho... Merry Xmas...

Disebabkan pemakaian baju Santa Claus dah diharamkan, aku pakai ni pulak...

Terima kasih Photoshop! LOL!

Merry Xmas and enjoy your holiday!

p/s: tengah warm-up anak tekak. malam nanti nak menyumbangkan 20 lagu. haha!

Sunday, 19 December 2010

Jom Kawen!

Siapa nak kawen? Jom2!

Ehem2(sambil betulkan cermin mata Betty)... Berdasarkan carian, rujukan dan tilikan Kamus Dewan edisi ke-4, ejaan sebenar tepat, benar lagi saksama adalah K.A.H.W.I.N yang membawa maksud perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah. OK, senyap kau sekarang budak skema rambut belah tepi. T.T

Entah macam mana hari ni tergerak nak tulis entry tentang kawen pulak. Mungkin sebab tadi terkejut beruk Mak Yeh kena belacan bila dapat call dari sepupu aku (sebelah bapak, nama terpaksa dirahsiakan) jemput majlis perkahwinan dia minggu depan, 28/12. WTH! Kenapa aku tak tau yang dia ni nak kawen? Sekarang tau la.

Like, seminggu lagi nak kawen baru bagitau. Macam ada udang di sebalik mee udang. Sila ampunkan kemerapuan ini, masih terkejut beruk OK. Tapi takpe lah, at least bagitau jugak daripada tau2 dah upload gambar nikah dalam FB dengan selamba badak. LOL! Kepada yang berkenaan, sila terasa sekarang.

Aku tak kesah kalau siapa-siapa jodoh dah sampai, dah dapat seruan Illahi. Cewah, padahal umrah pun tak lepas lagi. 
Jangan tiru aksi comolot dekat depan Pavilion sambil suruh awek pilih KLCC. 
Dowh! Kalau aku pun pilih KLCC dowh!

Tapi sekarang trend kawen muda ke? Kolej pun tak lepas lagi dah nak kawen. Kalau tak silap aku, sepupu aku ni umur baru 21. OK fine, aku umur 23 yang tak pernah bercinta lagi. Loser habis *duduk cangkung menghadap bucu dinding, dunia terasa gelap*

Best tak hadiah kawen ni? Sehati sejiwa gitu. 
Note: Tisu jamban, kasut sneaker, majalah Playboy dan 2 orang penyental daki 
dijual secara berasingan.

OK lah, apa2 pun aku ucapkan selamat melayari alam perkahwinan. Semoga kekal sampai anak cucu dan akhir hayat.

p/s: tengah pening nak pakai apa masa wedding reception nanti. Tunggu! Nanti diupload gambar2 itu.

Sunday, 12 December 2010

Salib Dalam Clorets Infinity?

Petang-petang Ahad yang panas membara ni, nak tidur pun tak dapat. So, apa lagi online la. Macam tak biasa pulak kan. Sambil-sambil online, buka Facebook dengan twitter. Tiba-tiba ternampak link yang yang kawan aku share dalam Facebook bertajuk "Lambang Salib Dalam Clorets Infinity". HUH? INI ISU PANAS!

Seperti biasa, aku memang pantang kalau ada isu-isu panas ni. Nak pulak kalau pasal konspirasi-konspirasi ni. Cepat je klik link tu. Kalau setakat isu "Aku suruh pilih KLCC atau aku, dia pilih KLCC dowh", tak payah la. Aku sula je diorang ni kalau comolot lagi kat Pavilion tu. OK, berbalik ke topik hari ni. Kalau korang nak tengok mcm mana rupa Clorets Infinity tu, pergi la beli kat Tujuh-Sebelas. Tak kuasa aku nak redah jalan jam tengah-tengah panas ni nak beli bendalah tu. Tak pun tengok la kat [sini].

SENTAP! Sekali tengok memang macam salib. Tapi bila diamati lama-lama, apa yang nak dihebohkan? Kenapa perlu paranoid dengan isu-isu macam ni? Itu hanya rekabentuk packaging. Salah ke kalau ada "boning" untuk support packaging tu?

Ada yang argue, "Rekabentuk ni seolah-olah disengajakan. Sengaja reka supaya "boning" tu rupa macam salib. Padahal boleh je buat rekabentuk lain. Propaganda dan konspirasi Kristian ni!", sambil minum Coke dalam McD baru lepas bedal Double Cheese Burger dengan McFlurry.

OH! Not again! Kalau semua benda berpalang serupa salib macam mana? Fuiyooo!!! Macam tu arwah nenek aku Ketua Konspirasi Kristian berpangkat Ibunda la macam tu. Sebab kalau balik kampung, baek punya kat dinding ruang tamu ada palang bertemu dengan tiang. Tak ubah macam salib. Habis la! Pasni kena serbu la rumah arwah nenek aku ni kang. Silap haribulan kena bakar. Haha! Lawak kan? Macam mana dengan semua huruf "t" yang kita dok tulis dan taip hari-hari? Mungkin boleh start tulis Jawi. Berasa sangat loser sekarang sebab merangkak-rangkak tulis jawi. T.T

Sebenarnya aku dah jenuh nak tulis topik pasal benda remeh temeh ni. Tapi bila orang terlalu paranoid, aku rasa macam bangsa aku ni berfikiran terlalu sempit. Kalau betul nak menegakkan kebenaran, ada banyak isu-isu yang lebih penting. Isu buang anak, isu dadah, isu masalah sosial dan macam-macam lagi. Kenapa perlu habiskan masa argue tentang rekabentuk penyegar mulut yang papentah. COME ON! WAKE UP!

Fikirkan lah....

Wednesday, 8 December 2010

Etika Di Pawagam

Selasa lepas, aku, N dan DJ mempunyai niat di hati untuk menonton Narnia. Wah, bajet ayat skema habis. So, dengan bangga sambil hidung kembang kempis kitorang tengok Narnia in 3D. TGV Seremban ada 3D ok. Better than takde cinema langsung. Ahaks.

Satu je komen tentang filem 3D, aku rasa aku boleh hidup tanpa filem 3D. Nak kata lagi best, takde la best mana pun. Rasa rimas pulak tengok movie sambil pakai spec 3D tu sampai satu tahap rasa macam nak tanggal je. Mungkin sebab tak banyak scene yang ada effect 3D, so rasa macam tak berbaloi je bayar RM18 untuk satu movie. Padahal boleh je tengok 3 movie pada hari Rabu sebab harga tiket RM6 je. Haha!

Tapi setiap kali tengok wayang, mesti ada macam-macam dugaan. Macam [ni] dan [ni]. Untuk menambahkan lagi koleksi maki hamun aku tentang penonton di panggung wayang, di sini disediakan Top 3 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Untuk Menyakitkan Hati Di Pawagam.

1. Jangan bawa anak tengok wayang
WAH! Sakit jiwa kalau ada budak-budak umur bawah 12 tahun dalam panggung wayang.  Anak jenis yang hyper active, tak reti duduk diam. Kalau dah tau anak perangai macam harem jadah tak payah la bawa anak tengok wayang. Tinggalkan kat rumah, amik nanny. Habis cerita.
Lepas tu ada pulak makhluk tuhan yang bawa anak umur baru 8 bulan tengok wayang. Dah tau wayang pukul 10.30 malam, masa anak tidur, yang gedik sangat nak tengok wayang tu kenapa. Bajet panggung wayang gelap anak boleh tidur la. Lepas tu mula la anak merengek dan parents buat bodoh je. Aku lesing kang baru tau.

2. Jangan jadi narrator tidak rasmi/ Gagak
Setiap kali tengok wayang mesti ada orang yang suka sangat jadi narrator. Tak paham la aku dengan orang macam ni. Kalau dah tengok, tutup la mulut tu. Tak payah nak cerita kat semua orang story line cerita. Orang yang takde otak macam ni aku panggil gagak. Mulut tak reti senyap. Ada je benda nak cakap. Rasa macam nak bawak stokin yang seminggu tak basuh, sumbat kat mulut yang memang dah bau longkang.

3. Jangan makan macam lembu
Aiyo! Leng jai, you lapar sangat meh? Makan popcorn senyap-senyap tak boleh ke? Kalau boleh tangan tu nak seluk dalam-dalam masa amik popcorn. WTH! Lain kali makan kenyang-kenyang dulu sebelum tengok wayang. Benci betul aku dengar macam-macam "sound effect" tambahan ni. Bayangkan bunyik plastic bag seledup makanan yang direnyuk-renyuk sambil bukak pembalut kerepek dengan sedaya upaya sebab lapar gile babish dengan harapan orang tak perasan. Hello, korang kat panggung wayang bukan kat pasar malam!

Sekarang ni masa cuti sekolah, lagi la malas nak tengok wayang. Hari-hari full house. Pulak tu ada macam-macam orang yang aku mention kat atas ni, lagi la tawar hati nak tengok wayang.

p/s: Jangan ditanya kenapa aku download movie...

Saturday, 4 December 2010

Shopping Dalam Facebook? No Thanks!

Pagi ni bangun awal sebab hari ni ada kenduri kahwin. Seperti biasa, sebelum gosok gigi yang bau macam haram jadah, aku check email, blog dengan facebook. Ye la, aku ni ketagih internet. Senyap kau sekarang!

Buka je facebook, ada orang tag kat gambar. Gambar apakah? Sekali buka, rasa sengal mula membuak-buak. HAISH! OK, sebelum apa2, apa perasan korang bila ada orang request nak jadi kawan dalam facebook lepas tu besok dah tag kat gambar suruh beli barang? Jam Tag Heuer, Calvin klein, Guess. WOW! Meriah! Sekali replika.

Sejak bila lak facebook jadi pasar malam ni? Dah tu barangan tiruan pulak. Aiyo, tak takut kena saman ke jual counterfeit items? Facebook medium untuk bersosial bukan untuk berSo-Sial. Sorry la, aku tak shopping dalam Facebook. Walaupun aku ni reformed shopaholic, aku tak beli pakaian atau accessories secara online. Walaupun barangan branded dalam website yang dipercayai.

Aku sanggup meredah jam kat tol Sg Besi, traffic yang haram jadah kat BB untuk beli barangan yang aku nak. Aku pembeli yang sangat hands-on. Kena tengok barang, belek2, cium bau kedai, baru aku beli. Ini setakat tag orang kat gambar amik pakai camera handphone 5 megapixel, dengan harapan orang order. Kot ye pun pakai la SLR ke digital camera ke. Ini tak, gambar semua kelabu asap.

Lagi satu, kalau tak mampu beli barangan ori, tak payah la beli barangan tiruan. Peduli apa aku double A ke triple A, yang tiruan tetap tiruan. Duit beratus habis cuma untuk beli yang tiruan. Zzzz~~~ Baik korang simpan duit tu beli yang ori dan korang boleh simpan kotak ngan paper bag branded tu. OK, diri sendiri yang terasa sebab simpan paper bag yang berkoyan-koyan.

p/s: Next entry maybe pasal Infinite Downline plak. Lagi sengal!

Friday, 3 December 2010

Victoria's Secret Fashion Show '10...



Ehem... ehem... So, kalau iman tak berapa nak kuat tak payah lah tengok. Cewah! Bajet macam iman aku teguh bak tugu negara. Anyway, kalau nak tengok, tengok la... Kalau gersang tanggung sendiri. HAHA!


Meh klik [sini] kalau dah tak tahan. AUW!