HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ish, tak elok gelak kuat-kuat. Tapi tak dapat nak control. Istighfar je la...
Itu je yang mampu aku lakukan lepas aku baca email berantai ni. Korang baca la sendiri...
"
Sebelum itu saya Ahmad S***** mohon maaf jika ini berlaku kepada peminat siri ini dan jangan cepat melatah. Isu ini belum lagi diketengahkan lagi tapi Insyallah semua ini adalah Qada' dan Qadar Allah swt yang menentukan dan bukan kebetulan atau tak disengajakan...
Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam Bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam Bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel."
Ini diburukan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin.
"U" bermaksud "USA""I" bermaksud "Israel"
Terbuktilah bahawa Upin &Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum terbaru setelah merka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.
Lagi satu: Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4G. Di bawah ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4G kerana ia sebenarnya adalah agenda Israel. "i" pada perkataan iPhone adalah merujuk kepada "Israel". 4G pula bermaksud "god, gold, glory and girl". Kalau kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat lamu tidak sah selama 40 hari 40 malam. "Kepada saudara Ahmad S*****, anda tak perlu meminta maaf. Sebaliknya, aku berasa simpati. Jika benarlah Upin dan Ipin konspirasi Israel, kenapa perlu diterapkan nilai-nilai murni dan Islam dalam animasi ini? Aku ingat lagi bila Upin dan Ipin mula2 keluar dulu hanya sekadar animasi beberapa minit. Nilai-nilai murni dan Islamnya memang diterapkan. Mengajar kanak-kanak erti puasa, solat dan lain-lain. Lagi satu, rajin betul mamat ni buka kamus Bahasa Aramaic dan Syriac. Jangan lupa selak2 Al-Quran jugak ye.
Jika perkataan "U" bermaksud "USA" sila jangan gunakan "U" Mobile, jangan masuk "U" (masuk kolej je), jangan dengar "U"srah, elakkan diri dari "U"staz dan "U"stazah. Tak logik bukan. Tolong lah, jangan tinggi sangat imaginasi tu.
Tentang iPhone 4G ni lagi lawak. "U"ntuk pengetahuan semua. iPhone 4G tak wujud ye. Yang ada iPhone 4 je. Tak payah lah nak pandai2 tambah G. "i" pada iPhone kononnya bermaksud Israel. Sama lah dengan perkataan "U" pada Upin, korang pikir la sendiri sebab banyak sangat perkataan atau singkatan mula dengan "i". Jenuh aku nak type. Boikot la semua benda yang mula dari huruf "I". Mampu? Jadi, jangan lah berfikir secara radikal sangat. Fanatik tak bertempat.
Satu perkara lagi ya saudara Ahmad S*****, siapa awak untuk menjatuhkan hukum solat saya atau sesiapa saja yang tak sebarkan email ni tak sah 40 hari 40 malam? Kenapa 40 hari 40 malam je? Macam orang pantang lepas bersalin je. Macam pakej penginapan di Tampoi dan Tanjung Rambutan pun ada gak. Ini lah yang aku benci tentang email berantai ni. Kononnya kalau tak forward, berdosa besar, kena tanggung semua dosa orang2 yang tak tahu, ditimpa musibah, tak senang hidup, hidup tak diberkati. Siapa mereka semua ni yang nak menjatuhkan hukum sedangkan takde surah yang menyokong. Siapa mereka? Sila jelaskan jika aku silap.
Aku guna handphone Nokia, processor laptop aku dari Intel, gel rambut aku dari L'Oreal, pencuci muka aku Nivea, syampu rambut aku Dove, berus gigi aku Oral B. Bukan bermaksud untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk. Adakah ini bermaksud aku perlu hapuskan semua benda-benda ni? Aku pernah jumpa Ustazah yang guna Estee Lauder. Ustaz yang lebih gemarkan minyak wangi Ralph Lauren berbanding Perfume SatuTitik. Adakah mereka juga tergolong dari insan2 berdosa besar? Menyumbang kepada konspirasi Israel? Mereka berpelajaran tinggi, mendapat Master dan phD dari "U" Al-Azhar, tak mungkin mereka tak tahu apa2 tentang konspirasi Israel.
Aku bukan seorang yang "ignorant" tentang apa yang berlaku dalam dunia ni. Konspirasi Israel, Illuminati, Freemason, semua aku pernah baca lebih awal sebelum orang ramai mula heboh berbicara tentang hal ni. Sudah-sudah lah, jangan terlampau fanatik. Kadang-kadang aku terfikir, dalam kesibukan kita mencari dan membongkar "konspirasi"2, pernah tak kita duduk diam sekejap dan fikir dalam2 tentang apa yang sebenar-benarnya berlaku dalam dunia ni. Kita cuma tahu nak bongkarkan itu ini sedangkan cacat cela sendiri terbiar macam tu jer.
Tenangkan fikiran, banyakkan berdoa (cewah, jadi Dr Fadhilah Come-To-Me kejap). Daripada buat surat berantai yang bukan2, kan lebih elok kalau kita sebarkan email yang mendoakan kesejahteraan hidup umat Islam. Doa semoga dijauhkan dari kelalaian. Kita takde kuasa untuk menghukum orang lain.
Aku pun bukannya alim sangat atau arif dalam hal2 macam ni. Tapi sekurang2nya, aku tahu berfikir secara rasional.
Wallahualam...
p/s: Lepas ni ramai la orang yang "bijaksana" telaah siri dan filem Upin & Ipin lepas ni. Percayalah, yang nampak tak logik pun boleh jadi kontroversi.