Adakah mereka melalui ujian memandu KOPI-O? Atau memang dari sejak azali lagi dah dicop di dahi, tertulis dalam riwayat hidup, mereka memang dajal jalanan. Amik ko! Tak pasal2 dapat gelaran dajal.
OK, top 5 Perkara Yang Menyakitkan Hati Bila Memandu
1.Pemandu yang fikir jalan ni bapak dia yang turap.
Ya, pemandu yang berlagak macam bapak dia Menteri Kerja Raya yang beraya hari-hari di jalan raya. Pemandu macam ni memang kurang ajar. Kalau boleh nak pandu tengah-tengah jalan 2 lorong. Tak bagi chance kat orang lain nak potong. Bajet macam bawak kontena pulak. Sekali bawak Viva cam vavi. Kalau lah jumpa pemandu macam ni, elok siap-siap bawa steamroll je. Lenyek habis-habisan
2. Tak reti bagi signal.
Aku bersimpati dengan orang yang tak bagi signal sebelum membelok masuk simpang atau nak tukar lorong. Mereka sebenarnya insan-insan istimewa yang kudung dua belah tangan. Yang tinggal hanya satu jari pada dua2 belah tangan untuk pegang stereng kereta. Jadi maafkanlah mereka jika tidak memberi signal... Apa? Korang tak kudung? Oh, baru ingat nak isikan borang OKU...
3. Lambat "pick up" bila lampu dah hijau.
Tak tahu kenapa pemandu kereta mengalami tindakan refleks yang sangat lembab bila lampu isyarat bertukar hijau. Kadang-kadang tu 10 saat baru nak gerak. Adakah mereka bekas-bekas pelajar lembam? Atau saraf tunjang dan otak mereka tidak dapat menafsir pertukaran warna lampu merah ke hijau? Atau mereka sengaja menikmati warna hijau lampu isyarat? Sengal!
4. Berlagak laju, padahal kereta "semput"
Konfius sekejap, tak tahu rasa nak gelak atau kesian. Korang mesti pernah tengok kereta yang kononnya dah diubah suai macam-macam. Dari luaran memang nampak garang. Sekali press minyak, gugur jantung. Warna cat kereta stylo habis. Dengan megahnya memotong kereta orang lain. Sekali sampai kat bukit, semput. Bak kata Azwan Ali, yang hado. Alang-alang nak ubah suai kereta tu, biar setaraf dengan enjin. Setakat ekzos kereta je yang besar macam corong kapal laut, Baik tak payah...
5. Tak baiki/periksa lampu break.
Kepada semua pemandu-pemandu berhemah di luar sana, silalah periksa semua lampu break anda selalu. Tahukah anda bertapa sengalnya di hati bila nampak kereta depan berhenti tiba-tiba tanpa lampu break bersinar. Setakat 1 lampu break rosak tak kesah sangat. Ni semua lampu break jahanam. Takkan tak perasan kot? Adakah anda sedang menabung untuk beli ini....
Tapi kalau semua cermat sangat memandu, nanti pak polisi trafik takde kerja pulak. Naik berkulat buku saman dia.