Friday, 24 September 2010

Otak Tak Kembang

Lately, ramai pulak orang nak cari pasal dengan aku... Tak faham tul... Macam2 la... Bosan tul dengan life macam ni... Rasa macam nak lari masuk dunia lain...

Berdebat dengan parents (bukan parents sendiri ok) yang kononnya know-it-all memang tensen. Bosan jugak kalau bersembang dengan laki bini macam ni. Tak nak mengaku kalah walaupun dah tau sendiri salah. Walaupun aku belum kahwin, tapi aku tau jugak family planning dan macam mana nak didik anak. Tak payah masuk kelas khas sebab hal-hal macam asas kehidupan. 

Aku kata, walaupun orang boleh senaraikan berjela-jela faktor dan penyebab masalah sosial sekarang tetapi semua berbalik kepada didikan dan perhatian daripada parents.

Laki bini pun jawab, ala.... budak2 sekarang benda2 yang tak elok memang cepat jer belajar. Tak payah tunjuk, sendiri tau. Masalah pergaulan bebas la, tak boleh salahkan parents.

Aku balas, kalau ada didikan dari parents yang bertanggung jawab mesti takkan berlaku masalah2 ni. Sesibuk mana pun parents tapi kalau pandai spend quality time dan beri perhatian serta alert dengan perubahan anak2, sekurang2nya masalah boleh dikawal.

Laki bini fire, dah besar panjang, fikir la sendiri mana yang baik buruk...

Aku balas, besar panjang mana pun anak-anak, kalau parents tak tunjukkan apa yang baik buruk, yang buruk pun nampak baik... In future kalau dah jadi kat diri sendiri jangan pulak meraung sampai pengsan...

Laki bini senyap terus... Mungkin bengang...

Wednesday, 15 September 2010

Di Hari Raya...

Dah 2 minggu adik aku discharged dari KPJ Damansara... Kesihatan pun dah semakin baik... Tapi bila tengah recover, macam2 pe'el pulak keluar... Sabar je la... Minggu ni baru dapat keluar malam tanpa rasa bersalah sebab kalau adik aku nampak aku keluar berjoli mula la bergenang air mata sebab tensen tak dapat keluar rumah...

So hari ni dapat la lepak puas-puas dengan Khairi dan Arip... Destinasi wajib kalau hangout semestinya tempat karaoke di Dataran Senawang... Fakta menarik. Tahukah anda...

1. Sesungguhnya mat rempit adalah makhluk Tuhan yang paling bangang dalam dunia sebab hisap rokok dlm bilik aircond.

2. Anak tekak anda akan hampir tercabut dalam cubaan menarik suara semasa menyanyi lagu Faizal Tahir - Bencinta.

3. Lagu Ketahuan - Matta adalah versi Pop Rock dimana yang asal adalah irama Dangdut. (-.-")

4. Hilang mengantuk selepas meneguk 2 gelas Light Coke large.

5. Muka anda akan menyerupai permukaan bulan selepas 5 hari tak cukup tidur.

6. Kawan rapat anda mempunyai pelbagai misteri hidup yang sedang menanti untuk dikorek oleh anda.

HAhaha! I loike #6! Sangat bersemangat nak mengorek rahsia orang. Tapi masihkah rahsia kalau empunya badan dah bagi pembayang... Hehe...

p/s: Dah lama tak karaoke. Suara pecah ala2 budak sekolah menengah baru baligh... hahaha!

Saturday, 4 September 2010

Macam Nak Patah Kaki...

Adeh... Penatnya!!!

Penat betul melayan kerenah orang yang tengah nak sembuh ni... Tak pasal2 nanti kaki aku pun join sekali patah... Haish... Nak buat macam mana... Nama pun abang, kena la jalankan tanggung jawab sebagai abang...

Tapi yang peliknya, adik aku jadi manja tak bertempat pulak... Langsung tak boleh berenggang... Nak pergi kencing pun dok pekik dari ruang tamu... Bak kata mak, "Kenapa la perangai adik ko ni merenggek macam budak 4 tahun yang hilang bantal busuk?". Nada suara pun agak gedik2 sikit... Jawapannya senang jer, nama pun anak last. Memang dasar anak bongsu... Haha!

Nak kemas rumah pun dah tak larat sebab melayan budak ni. Dah macam melayan baby XXL... Sabar je la...