Thursday, 25 February 2010

Anugerah Lagu Tangkap Leleh...

Ini kerja aku kalau dah tak dapat nak fokus ngan kerja... Kena channel otak yang kusut-masai ni kat benda lain... Jadi tercipta la
Anugerah Lagu Tangkap Leleh

Best Break-Up Song
Side Effect - Mariah Carey


Komen: Lagu ni terbaik bila baru lepas break up ngan bf/gf. Bagi yang selalu terkenang nak rujuk balik tu sesuai sangat dengar lagu ni sebab lagu ni akan mengingatkan "kekejaman" ex korang...

Lagu Tomei-Tomei
Always Be My Baby - Mariah Carey

komen: Lagu yang memang comel. Boleh koya (perasan) sorang-sorang sambil cium bantal busuk. Sangat sesuai bagi yang tengah kemaruk gila bayang.

Lagu Benci Bila Berjauhan
My All - Mariah Carey

komen: Mesti korang pernah berjanji ngan bf/gf korang yg korang sanggup buat apa2 jer untuk bersama. Oh So sweet... Padahal suruh tangkap lipas pun takut... haha!

Lagu Kembalilah
We Belong Together - Mariah Carey

komen: Bila bf/gf korang minta nak break-up masa tu korang pasrah jer. Tapi bila dah kesunyian mula la meracau nak couple balik...

Lagu Aku-Frust-Tak-Dapat-Couple-Dengan-Kau
If I Ain't Got You - Alicia Keys

komen: Mesti korang pernah rasa frust gila babeng bila dapat tau orang yang korang dok usha stalk hari2 sekali bercintan-cintun ngan orang lain. Frust menonggeng babe!

Lagu Aku-Sangat-Bahagia
Innocence - Avril Lavigne

komen: Ni pun lagi satu lagu yang sesuai korang layan bila tengah koya sorang2 atas katil. Peluk2 bantal. Cium2, sambil imagine... Apakah? Apa2 pun, lagu ni memang layan...

Lagu I'm-In-Love-It-So-Sick
To Know Him Is To Love Him - Amy Winehouse

komen: Siapa sangka seorang penyanyi yang very the troublesome boleh tulis dan compose lagu yang sangat sweet.

Lagu Aku Taknak Bercinta Lagi
Love Is A Losing Game - Amy Winehouse

komen: Selalunya berlaku pada first-timers. Bajet lepas break-up tak nak couple padahal tak sampai seminggu dah bercengkerama dengan orang lain.

Lagu Kenapa-Ko-Ni-Tak-Faham2
If I Were A Boy - Beyonce Knowles

komen: Sesuai la dengar lagu ni nak2 plak bf korang yang jenis tak faham bahasa... Sengal tahap gaban sampai korang sanggup bertukar jadu pengkid... Eh, out of context...

Lagu Aku, Dia dan Ex
Cool - Gwen Stefani

komen: Bayangkan, tiba korang terserempak ngan ex korang sambil berkepit ngan bf/gf die... Mesti berbulu jer mata. Tapi korang tetap Cool sebab bf/gf korang handsome/lawa tahap dewa/dewi... Nak2 pulak korang anak dah setengah dozen... Subur betul...

Lagu Love At First Sight
The First Time Ever I Saw Your Face - Leona Lewis

komen: Pergh! Dengar lagu ni tengah2 malam memang layan. Yang tak dapat tido pun boleh terlena. Lagu ni ada banyak version, but I love this the most... Lagu ni describe semua feeling korang bila ternampak seseorang yang korang minat tahap aku-minat-gila-kat-ko-sampai-aku-tersungkur-sambil-cover-malu

Ni la antara lagu2 emo yang aku dengar bila tengah tension tahap dewa... Padahal... *teettt*

p/s: Bagi komen bajet cam pernah couple. Ye, aku sangat DOUBLE LAME tak pernah be in relationship... So?

Tuesday, 23 February 2010

Benci Kuasa Tiga

Benci! Benci! Benci! ARGH!!! Kenapa la kena balik KT!

Nampaknya, terpaksalah aku kembali ke tempat dimana aku akan bercendawan kerana kebosanan... OH! DRAMA MUCH!

Hanya mampu mnghitung hari till next sem break... Perlu ke sem break? Final sem kot... Hahaha!!! Then ADIOS!!!

Thursday, 18 February 2010

GUMBIRA! pt2

Ohoho!!! Cuti mid-sem ni memang all out... Balas dendam habis-habisan lepas terperuk kat KT dan seterusnya berkulapok... Semalam pergi shopping dengan K-ri dan Ameer untuk round 2...

Ceiss! Rupa-rupanya, lepas CNY sales lagi mengila... Sampai jer kat Pavi (rumah ke-3 ku... hahaha!) terus gi Jaspal... Jaspal Sales up to 50% storewide tu... Nasib la badan siapa yang shopping sebelum CNY... Sekali semua bag ada 40% less... Apa lagi, berbunga-bunga la hati...

Dah lama aku berkenan dengan tote bag terbaru Jaspal... Tapi after less still RM300+, out of budget la sikit Deknon... So beli la sling bag ni...

After less "cuma" RM247... *wink2*
Sekali lagi aku berjaya membuat Mr Jaspal kaya... :P

Lepas habis "tawaf" satu Pavi, duduk lepak2 sambil meluahkan perasaan masing-masing... hahaha! Apakah? *teeett*
p/s: sorok2 bawak masuk rumah... hahaha!!!

Tuesday, 16 February 2010

GUMBIRA!

Semalam adalah hari yang paling menggembirakan!!! Dapat hadiah dari ayah aku... hehe...
Hadiah pun tak la sehebat mana pun tapi bila dah dapat tu... berbunga2 jugak hati...
Petang semalam lepas balik dari jogging sebelum nak mandi ayah aku bagi hadiah tu... Shirt dari Hugo Boss... *wink2*

Cam tak percaya jer... Selalu tu kalau mintak belikan mesti alasan - "Perlu ker?" dan "Padini kan ada..."
Nak kata hadiah birthday, lama lagi, takkan shirt je kot? Bagi la LG BL40 ker, LG Prada ker paling koman pun Nokia N97 Mini Raoul edition... hahaha! Mengada la ko ni! Jgn kufur nikmat...

Baru lepas gardening(poyo, berkebun je cukup) dengan ayah. Sekali dapat "present" lagi. Bercalar muka... Tidak!!!
Selingan - Babak dalam White Chicks
"Scars?!!! Oh My God!!! Permanent damage!!!"

Walaupon muka bercalar, hari ni hati bertambah berbunga2. Hari ni nak pergi KL jumpa "kekasih" lama. Tak windu kat I ker sayang... Aum2! Hahaha! Susah betul nak jumpa, mengalahkan PM!

Wednesday, 10 February 2010

Rambut: Mahkota Diri

Warning: Post ni akan menimbulkan rasa mual. Sesiapa yang tak dapat handle kegedikan ini tolong tutup mata. Kalau tutup mata mcm mana nak nampak... lantak korang la... haha!!!

YEAH!!! Akhirnya! Cuti dah bermula unofficially... Balik rumah awal gila...  Hari ni nak cerita pasal rambut...
Dah dekat sebulan lebih aku simpan rambut ni... Bukan malas nak potong. Tapi lepas pengalaman potong rambut di KT, lain style aku mintak lain pulak yang jadi... Mintak spikey, sekali dapat rambut school boy....

So daripada aku hangin satu badan mencarut sambil drive kereta, baik aku simpan je dulu... Balik rumah masa cuti baru pergi potong kat Bandar Seremban (perlu ke stress kan Bandar?)... Tapi sekarang ni dah mula attach ngan rambut panjang lak... Melekat di sanubari...

Entah la... Orang kata rambut panjang ni out of style... Tapi bila belek2 rambut rupa2nya macam2 style boleh buat... Contohnya:

1. Ala2 Noh Hujan... 
Rambut macam ni sesuai digayakan kalau terlupa bawak shades. Cover mata dari matahari. Tak pun nak cover up jerawat kat dahi atau nak menyamar supaya orang tak kenal. Ni tak cukup panjang lagi (rambut tak cukup zat), rambut Noh jugak yang terbaek!

2. Ala2 Justin Bieber
Yang ni versi rambut Justin Bieber lepas rebonding RM400... Tak banyak sangat beza ngan rambut Noh. Cuma tak cover dua2 belah mata jer... Rambut straight sangat, tak jadi... Fail

3. James Dean
Ni pun versi rambut James Dean lepas rebonding... Haish, kenapa la rambut aku straight sangat... mmg dasar anak keturunan cina, SEPET... hahaha!

 
4. Style sengal
Style rambut ni sesuai digayakan kalau nak kene kutuk orang ramai, bajet nerd giler... Adik aku cakap macam cik gayAH pulang petang... Ceitt!! Memetik kata2, "Muka macam nak penyepak" - Siti Nazihah MK

5. Chuck Bass
"Eh, sape suruh tangkap gambar ni! Shooh2! Kacau betul paparazzi ni" Cheh! Bajet posing muka sengal Chuck Bass! Tapi aku memang suka rambut Chuck Bass, timeless classic hairstyle. Trend kat runway sekarang...
6. Rambut sekarang
Ni rambut sekarang. Panjang gila tapi tak sepanjang semester lepas. Ni la rambut bajet cool sambil ditiup kipas meja. Lepak kat tepi pantai terus jadi cam rambut Niyang Rapik...

So, sape kata rambut panjang takde style... Tinggal aku tak menarah gel rambut buat rambut Mohawk jer... huhu~~

p/s: Nantikan evolusi rambut ini...