Saturday, 26 December 2009

Takutnya~~~

Tadi terbaca status kawan kat Facebook... Katanya, bas Sani Express accident... Sebab nak tau dengan lebih detail, bukak Berita Harian Online... Ya, Berita Harian online, berita terkini di hujung jari anda... Apakah... haish...

Back to the story, memang betul Bas Sani Express accident... dekat Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, kira-kira 8 kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi tadi...

Yang paling mengerikan, 10 penumpang maut dan 2 lagi cedera... Pemandu bas tu sendiri mengaku yang dia terlelap sebelum langgar penghadang jalan... Haish... Apa guna ada pemandu kedua kalau tak ganti-ganti memandu...

Al-Fatihah~~~

p/s: 1. Dah la minggu depan nk pegi Penang...
    2. Setiap seorang tolong bajet beli setin Redbull bg kat driver bas... 

Tuesday, 22 December 2009

Minah Perasan...

Hari ni hari jadi housemate, JJ... so kitorang celebrate di Secret Recipe dan makan sampai tak sedar diri... Pastu ke private hospital sebab KY kena buat medical check up... dan destinasi seterusnya... kalau dah ke bandar, eh silap, Bandaraya K. Tganu memang tak sah kalau tak ke Mydin Mall...

Mydin Mall yang memang tak pernah lengang... sentiasa ada pelanggan berduyun-duyun walaupun pagi2 buta atau waktu2 yang selalunya orang tak pegi shopping, beli barang... Bila dah ada ramai orang, masa tu la macam-macam ragam manusia boleh nampak... Ada yang shopping barang dapur dengan family, ada yang cuma nak rasa aircond, ada yang dating (apakah? tak romantik langsung) dan macam-macam lagi...

Tapi yang paling aku rasa pelik adalah orang yang dress up macam nak pegi shopping kat Pavilion... Diorang kalau dah dress up, mak oi... Cam nak pegi event besar-besaran... Mengalahkan artis dress up pegi pasar... Hahaha!!! Tapi tu hak masing2, diorang nak dress up ke, apa ke, janji jangan menyusahkan hidup orang lain...

Tapi macam mana pulak kalau ada orang yang perasan? Perasan lawa? Ok fine, kalau seseorang tu nak perasan lawa sebaba dapat meningkatkan keyakinan diri (theori mana ntah, hahaha) tapi kalau dah lebih2 sakit hati pulak... Bagi aku, seseorang tu tak perlu bertungkus lumus untuk nampak lawa... Tak payah la pakai bedah foundation 5 lapis, maskara dengan bulu mata lentik, rambut ala-ala Jennifer Lopez yang tak menjadi, high-heel 4 inci... Mak Oi! Shopping kat Mydin jer kot... Zaman sekarang ni bukan trend effortless beauty ker? Tak payah lebih2, cuma enhance apa yang sedia ada je cukup... Tak payah habiskan duit dan tak sakit mata aku... haha!

Lagi satu yang aku rasa tak berkenan bila orang perasan vogue dengan barang tiruan... Aku faham, barang yang original memang la mahal kandang2 berharga sampai 5 angka walaupun sekadar beg kulit berjenama LV atau Prada... Tapi aku rasa bila kita tak mampu, tak payah pakai dan tak perlu beli yang palsu... Pakai je jenama lain yang not so bad... Setaraf dengan kemampuan... Tak perlu la nak pakai t-shirt "studded crystal" dengan perkataan Prada sebab kalau pegi butik Prada takde pun t-shirt macam tu... Dah la pakai t-shirt "celup", pandang orang yang pakai selipar Adidas macam takde class lak... Selipar aku lagi mahal dari t-shirt ko kot... Haish, orang macam ni pun ada...

Konklusinya, tak perlu la dress up ke Mydin. Tak payah tepek make up tebal2, less is more. Pakai yang original je walaupun tak seberapa, janji tak kena kutuk sebab pakai baju Petaling Street.

p/s: Aku akan ingat minah ber t-shirt "Prada" tu sampai bila2... Pandang jeans ngan selipar aku cam takde class, Levi's ok... Ori...

Friday, 18 December 2009

Melayu Ka? Cina?

Entah la.... Tu la dilema aku dari sejak lahir lagi... Aku bangsa Melayu berketurunan Cina... Boleh pulak kan... ish2... Bila berlaku perkara yang menyetuh sensitiviti kaum, aku rasa macam berbelah bahagi... tak tau la nak sokong yang mana... Kadang kadang kalau diperhatikan, dua-dua belah pun sama jer... Sampai satu tahap aku malas nak amik kesah... boleh tak aku nak jadi orang lain? Bukan Melayu bukan Cina?

Boleh!
Jadi orang MALAYSIA!

Bukan aku nak menidakkan keturunan aku... Aku bangga jadi anak berdarah campur... Tak ramai orang yang boleh mengalami dan menyelami 2 budaya dalam masa yang sama...

Tapi bila berlaku sentimen perkauman, yang terbaru sekali... Berlaku dalam lingkungan U sendiri... Semua ni berlaku bila masyarakat dah tak reti menjaga tatatertib dan had-had tertentu... Menghentam orang tanpa menjaga adab dan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain... Sekarang siapa yang susah? AKU JUGAK! Dah tak tau nak menyebelah siapa. Tapi dalam hal kerkenaan perlakuan Ong S**** Y*** dalam Facebook memang terang lagi bersuluh yang dia dan kawan kawan dia yang bersalah...

Bila dah tau sesuatu komen dalam status yang agak sensitif, tolong la delete... Bagi aku, meninggalkan komen-komen macam tu seolah-olah sengaja mencari pasal... Kau sebagai mahasiswa tolong la behave seperti seorang yang layak masuk ke menara gading... Walau tak semenggah mana pun perangai, jangan lah sampai terbawa ke Facebook yang sah-sah akan tersebar macam H1N1 yang sememangnya berpunca dari ba-alif-ba-ya...

Kita belajar Hubungan Etnik, TITAS, Kenegaraan cuma sekadar untuk memenuhi syarat Teras Universiti, CGPA dan jam kredit... sedangkan kita tak pernah mendalami apa misi, intipati dan matlamat utama subjek-subjek ni diwajibkan di semua IPTA... bukan sekadar untuk mendapat tips, carry mark yang tinggi dan dapat A... Bukan bertujuan menimbulkan sentimen perkauman, memperkatakan soal ketuanan, hak istimewa dan lain-lain... tetapi untuk mengenali antara satu sama lain dan menimbulkan toleransi...

Kenapa ayah aku, Cina dan mak aku, Melayu (ok fine, Jawa) boleh hidup bahagia? Ayah aku tak pernah menyoalkan tentang ketuanan Melayu atau hak istimewa Bumiputera. Mak aku tak pernah menyoalkan, kenapa kaum Cina boleh hidup senang-lenang walaupun tak diberi hak istimewa seperti Bumiputera. Mak dan Ayah aku tak pernah menyoal cara hidup bangsa masing-masing... Kenapa mereka boleh?
Jawapannya senang dan ringkas....

Ayah dan mak aku menolak ketepi soal bangsa, kaum, etnik atau apa-apa saja yang menjadi penghalang. Bangsa, kaum atau etnik bukan persoalan utama... Tetapi apa yang ada dalam hati....  Jangan biarkan anasir-anasir luar menjadi pengaruh minda... Dan pengaruh-pengaruh itu datang dari bangsa sendiri. Ya! Orang Melayu pengaruhi orang Melayu, orang Cina pengaruhi orang Cina... Begitu juga kaum2 lain. Semuanya hanya untuk kepentingan diri sendiri...
KETEPIKAN!

Jika mak dan ayah aku boleh, kenapa kita tidak?

p/s: Fikir dahulu sebelum bersuara. Lidah lebih tajam dari pisau... Kata-kata lebih berbisa dari racun...

Thursday, 10 December 2009

Down Giler Tahap Lurah Dendam

TIDAK!!!! 
KENAPA MARKAH 
R.A AKU MACAM NI!!!!

 *down yg sgt2...

p/s: nak pegi Baskin Robbins makan ice-cream 1 pint sorang2... ;-(

Wednesday, 2 December 2009

Perlu Ke Balik???

Argh!!! Benci tul... Baru nak start topup lemak dah kena balik Tganu... Tapi takpe, akan ku tabahkan hati ini sebab tinggal 1 semester je lagi untuk bergraduat... Pastu, astala vista bebeh... Tak payah nak pening2 kepala pikir pasal  assignment, test, presentation, kuiz, lecturer... Hahaha!!!

Tapi pastu kene pening2 kepala pikir camne nak bayar balik pinjaman PTPTN... Kalau la CGPA aku First Class Honor, tak payah nak mengeluh kena kerja jadi promoter...

Tu la padan muka, dalam lecture hall duduk kat belakang. Tutorial "rujuk" kawan punya. Pilih tajuk FYP yang merapu jer. Masuk U gaduh ngan pompuan... Tapi kalau dah pompuan yang PERASAN vogue cam Blair Waldorf dan mengambil Mean Girls sebagai inspirasi untuk menjadi popular, sape yang tak benci... Tolong la wei, Blair konon... Enot boleh la... HAHAHAHA!!!

*Hentikan kemerepakan ini Fauzee...

p/s: Aksi bila sampai masa nak balik Tganu...

Main nyorok2 bawah carpet... Kalau tak jumpa, takyah balik Tganu... :P