Macam2 ragam manusia ada kat dunia ni... Betul la ape org kate jauh perjalanan luas permandangan... Macam2 rupa orang kita boleh jumpa... Ada yang lawa, ada yang handsome (perlukah statement tersebut), ada yang lawa dan hot, ada yang hot tapi tak lawa, ada yang tak hot tapi perasan hot, ada yang perasan most-wanted (padahal xde org pandang pun)...
Kadang2 aku pelik, semakin kita dewasa dan berhijrah study di tempat tertentu dan kita anggap golongan2 sekeliling kita berfikiran dewasa. Kira dah matured, akil baligh bukan mumayiz lagi (wah! Islamic term), jerawat merata dek penangan tensen final exam. Tapi disebalik semua tu, ada yang belum matured pun. Fikiran macam kanak-kanak yang memekak paksa mak beli ice cream Corneto yang paling marvelous lagi meletop (cam penahku lihat)... Tapi adakah perasan childish atau selfish?
Lu pikir la sdr... Sape makan cili die yang balun air buah gelas besar gile babeng... Kadang2 aku tergelak sorang cam orang tak betul bila pikirkan perangai diorang ni. Walau apa pun, bak kata orang, kita belajar daripada pengalaman. Setakat ni memang banyak yang dah aku belajar dan aku TAK NAK alami benda yang sama lagi. Ayat skema penah menyatakan, cermin itu refleksif, jadi picit la jerawat korang kat situ. Eh! Silap! Cermin la diri sendiri sambil picit-picit jerawat tu... Jerawat? Apakah? Padahal muka sdr pun penternak jerawat berjaya... Haish!!!! Tak mampu beli Clinique dek non!!!
Itu citer pasal orang lain. Lain pulak citer orang lain. Apa bodoh punya ayat. Maap la, SPM BM dapat A2, itu jer yg termampu... Haish! Ok, back to the story. Mcm tadi ada yang perasan hot or most-wanted or apa2 yang sama waktu dengannya. Ada juga orang yang tak boleh hidup tanpa mengambil belangkas menjadi inspirasi hidup. Inspirasi tu!!! Inspirasi alam! Ahakz! Macam belangkas, orang yang hidup bercouple tak boleh berenggang sampai satu tahap perlukan kau publish di wall FB couple ko, padahal kat depan mata je kot. Jealousy? Oh, tidak! Jauh sekali. Bila berbicara tentang cinta, bagi aku biarlah Tasteful. Betul kata orang, kalau bukan sekarang bila lagi. Bagi aku, bila bercinta, mesti ada certain restrictions. Buat masa ni aku tak mampu nak ikut restriction tersebut. Bagi aku, for now, aku masih boleh survive tanpa cinta. Kenapa? Sebab aku berlajar dari pengalaman. Ahakz! Pasni jangan nak menggatal, segala soalan2 tidak akan dilayan. Biarlah pengalaman menjadi sejarah yang tak perlu diulang2 lagi cam dlm buku teks Sejarah Form 3.
Pernah orang tanya aku.
Minah: (bukan nama sebenar) Ko ni player kan?Fauzee:(seperti dlm IC) Player? Mane ade... Aku mane kuat main. ( ehem, main hati) hahahaha!!!Minah: Eleh, yang ko ngan Joyah ngan Peah tu ( bukan nama2 sebenar). Dah2 la wei, jangan main dengan feeling orang. tak bek tau...Fauzee: Ke kau yang ada feeling ngan aku? Minah:....End of Conversation...
Alahai dek non!!! Sejak bile lak aku aku player ni? Playar aku tau la. Serious s**t la, aku bukan terdesak untuk memainkan hati orang. Kalau aku nak mainkan hati orang, dah lama buat kot. Dah la 3 jantan pingitan je dlm course aku. 2 la, yang sorang tu dah tak available. Ahaks! Dah2 la wei, jgn nk mengada2 sebar fitnah pasal aku. Aku insan yang innocent lagi sejati. Buat susah2 korang je tambah pahala aku dikala mengumpat pasal aku. Hahahaha!!! Penat abang, dek non!
p/s: Ish3! Aku semakin merojakkan blog tahap cikgu BM tak mengaku anak murid. Ampun, Pn Rosmini!!! Hanya A2 yang termampu... Ahakz!