Monday, 26 October 2009

Couple Ngan Aku Nak?

Kenapa kau chumil sgt...
Aduh! Bibir kau yang mungil membuat ku tak keruan...
Body mantap...

Mata menusuk di kalbu...
Lenggok badan kau yang mantap...
Membuat aku tak jemu memandang...

Tapi satu jer yang tak berkenan...
Kau lebih tinggi dari aku...
Tapi tak aku kesah...
Sedangkan rocker terkenal pun ber-awek-kan Top Model...
Bak kate orang Golden Oldies, murah rezeki suami... huhu

Alahai... Doutzen Kroes!!!



Mantap~~~


Waiting for me baby? Ahaks!


Pose ala2 manja gitu...


 Men jeling2 lak... Cium kang... hehehe!!!
  
Kalau awek korang semantap, seseksi, sechumil Doutzen Kroes sila lah buat aku jeles... Tapi kalau takat awek dye rambut cam mandi air karat x payah la.... hahahah!!!!

Apsal aku perasan sgt hari ni... Adoi!

Kalau korang bajet muslimin dan muslimah sila JGN klik di bawah...





Sekseyyyy!!!
p/s:
1. Pasni konpem kene cop miang...
2. STUDY LA WEI!!! sok double paper kot!!! *sebut style CT Nazi MK*... Nazi? AMPUUUNNN!!!!

Wednesday, 21 October 2009

Kesepetan

Mata ku makin menyepet dari sediakala yang memang dah sedia sepet... Mari kita tengok sebab2 kesepetan yang melampau ini berlaku...

1. Study untuk test RA yang seperti biasa bila nampak jer kertas soalan terus mencarut. Ampun Dr Zabidin! Mmg saya yang kurang pandai...:

2. Tak tido petang/nap semalam sebab study untuk test RA. Kesimpulannya, patut tido sebab tiada perbezaan bila study atau tidak.

3. Petang semalam diceriakan dengan menonton Saturday Night Live(SNL) instead of tido. Lawak SNL mmg sengal but I LIKE! hahaha!!!

4. Test kul 8pm. Cubaan untuk "merujuk" jawapan kawan gagal sebab diorang pun tak reti buat.

5. Malam hari dihabiskan untuk siapkan Tutorial RA yang dah pending berkurun lamanya. Usaha buat sendiri gagal dipertengahan jalan dan terus "rujuk" Tutorial orang lain. Ish2. Bijak2!

6. Sambil buat tutorial sambil minum teh. Cewah, cam omputeh. Siap "buat" tutorial langsung x dapat tidur. Terima kasih Lipton. (T-T)

7. Sebab x dapat tidur so tgk movie... hahaha! Pak Cik suko!

8. Dekat kul 4 baru tidur.

9. Kul 8 dah bangun. Ada class mengejut(opocot!) Business Acc. Terkezut la sgt.

10. Kepala start berpinar, adakah masih berada di awangan?

Natijahnya(cam wat essay Pengajian Am lak), berlakulah kesepetan yang agak melampau walaupun dah sapu L'Oreal Hydra Energetic Turbo Booster. Penipu punya promoter Guardian!

p/s:
1. baru balik dari class. Nak tido or baca OP. Ade Oral Test petang kang. (T-T)
2. L'Oreal je la. Nak beli Clinique or Lab Series tak mampu. Sape yang baca dan pakai bendalah tu sila lah terasa. hahaha!!!! ZZzzzz~~~

Monday, 19 October 2009

Mari Merapu Meraban

Adoila! Kenapa sume pekara muncul serentak... Sungguh menyengalkan otak yang dah sedia tepu sampai cam nak termuntah. Nasib baik proposal FYP dah hantar.

Ye... FYP... Selepas berbulan-bulan(berbulan la sgt) bertempur... Mendengar Dr Fatah bagi lecture pasal Fuzzy Logic dengan contoh-contoh dan analogi bernas beliau. Antara analogi yang beliau bagi,
1. "Andaikan you(you, I, ok! haha!) nak buah kelapa. Ada macam2 cara you boleh dapatkan buah kelapa. You panjat pokok petik sendiri. You bela monyet, train monyet tu suruh petik(Apakah?). Atau pakai crane."

Baik lah dr! Analogi yg sgt bernas (T-T)

2. "Contoh application of fuzzy logic. Ada macam-macam. Let say, kita nak ukur kecantikan seseorang tu. Dalam cantik tu ada berapa cantik? Kalau cantik, berapa buruk dia? Adakah 0.8 cantik dan 0.2 buruk? Fuzzy logic boleh apply kat macam2."

Much thank you la dr... *nada sadis*

3. "Buat proposal ni senang jer. Macam awak lukis gajah. Lukis ni sikit, lukis tu sikit (sambil conteng2 kertas). Tambah kaki 4, tau2 dah ade rupa gajah. Kalau you tgk, berapa mirip gajah yang saya lukis? Kat sini pun fuzzy logic jugak"

Baik lah!

4. "You tak perlu risau la. Proposal ni dalam 3 hari pun boleh siap"

3 hari la sgt. Akak CC tu dah kaya dah aku asyik print jer keje aku.

Selain itu, kunjungan korang ke bilik Dr Fatah takkan lengkap kalau beliau tak x citer pasal Kamarul. Haish! Aku rasa setiap kali aku jumpe kot. Ada jer citer pasal Kamarul. Kamarul pecahkan loceng rumah dia la, Kamarul x berapa center(jahat nye aku!), Kamarul dapat A for die punya FYP proposal(Mak Oi!), Kamarul repeat 24 credit hours in one sem(Gilak!)... Bak kata super senior, selagi tak x citer pasal Kamarul, tu bukan penghujung lecture die. Silap hari, Dr tunjuk hammer siap... hahahha!!!

Walau pepe pun, Dr Fatah memang terbaek la. Tak kesah pun kalau tak jumpe tiap2 minggu discuss pasal FYP. "Kalau tak datang jumpe, saya assume you tau buat la(sambil tersengih)". Bek lah! Lagi satu, kalau mintak dia check proposal, jangan harap la dia nak check spelling, margin dan pepe lagi. Cume tgk tajuk, method dan intro sikit2. Yang lain2 tu, kene "kau tim" sendiri. Nasib bek kesempoian beliau semakin menjadi2. hahaha!!! suke jap...

Selepas mendengar lecture dan meniru sikit online journal, akhir! siap gak proposal aku. Tapi ada 2nd reader lak. Apa lak 2nd reader akan mencarut pasal proposal aku... (-.-")

p/s:
1. Ampun Dr Fatah!!! Selamat Hari Raya!(dah hujung kot) *sambil mintak ampun cara aerobik yg CT Nazihah Mk ajar*

2. Koncert Beyonce kene postponed! AKU SUKA!!! padan muka!!! kalau aku tak dapat pegi, sume tak dapat pegi!!! hahahaha!!! *nada dengki*