Saturday, 26 December 2009

Takutnya~~~

Tadi terbaca status kawan kat Facebook... Katanya, bas Sani Express accident... Sebab nak tau dengan lebih detail, bukak Berita Harian Online... Ya, Berita Harian online, berita terkini di hujung jari anda... Apakah... haish...

Back to the story, memang betul Bas Sani Express accident... dekat Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, kira-kira 8 kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi tadi...

Yang paling mengerikan, 10 penumpang maut dan 2 lagi cedera... Pemandu bas tu sendiri mengaku yang dia terlelap sebelum langgar penghadang jalan... Haish... Apa guna ada pemandu kedua kalau tak ganti-ganti memandu...

Al-Fatihah~~~

p/s: 1. Dah la minggu depan nk pegi Penang...
    2. Setiap seorang tolong bajet beli setin Redbull bg kat driver bas... 

Tuesday, 22 December 2009

Minah Perasan...

Hari ni hari jadi housemate, JJ... so kitorang celebrate di Secret Recipe dan makan sampai tak sedar diri... Pastu ke private hospital sebab KY kena buat medical check up... dan destinasi seterusnya... kalau dah ke bandar, eh silap, Bandaraya K. Tganu memang tak sah kalau tak ke Mydin Mall...

Mydin Mall yang memang tak pernah lengang... sentiasa ada pelanggan berduyun-duyun walaupun pagi2 buta atau waktu2 yang selalunya orang tak pegi shopping, beli barang... Bila dah ada ramai orang, masa tu la macam-macam ragam manusia boleh nampak... Ada yang shopping barang dapur dengan family, ada yang cuma nak rasa aircond, ada yang dating (apakah? tak romantik langsung) dan macam-macam lagi...

Tapi yang paling aku rasa pelik adalah orang yang dress up macam nak pegi shopping kat Pavilion... Diorang kalau dah dress up, mak oi... Cam nak pegi event besar-besaran... Mengalahkan artis dress up pegi pasar... Hahaha!!! Tapi tu hak masing2, diorang nak dress up ke, apa ke, janji jangan menyusahkan hidup orang lain...

Tapi macam mana pulak kalau ada orang yang perasan? Perasan lawa? Ok fine, kalau seseorang tu nak perasan lawa sebaba dapat meningkatkan keyakinan diri (theori mana ntah, hahaha) tapi kalau dah lebih2 sakit hati pulak... Bagi aku, seseorang tu tak perlu bertungkus lumus untuk nampak lawa... Tak payah la pakai bedah foundation 5 lapis, maskara dengan bulu mata lentik, rambut ala-ala Jennifer Lopez yang tak menjadi, high-heel 4 inci... Mak Oi! Shopping kat Mydin jer kot... Zaman sekarang ni bukan trend effortless beauty ker? Tak payah lebih2, cuma enhance apa yang sedia ada je cukup... Tak payah habiskan duit dan tak sakit mata aku... haha!

Lagi satu yang aku rasa tak berkenan bila orang perasan vogue dengan barang tiruan... Aku faham, barang yang original memang la mahal kandang2 berharga sampai 5 angka walaupun sekadar beg kulit berjenama LV atau Prada... Tapi aku rasa bila kita tak mampu, tak payah pakai dan tak perlu beli yang palsu... Pakai je jenama lain yang not so bad... Setaraf dengan kemampuan... Tak perlu la nak pakai t-shirt "studded crystal" dengan perkataan Prada sebab kalau pegi butik Prada takde pun t-shirt macam tu... Dah la pakai t-shirt "celup", pandang orang yang pakai selipar Adidas macam takde class lak... Selipar aku lagi mahal dari t-shirt ko kot... Haish, orang macam ni pun ada...

Konklusinya, tak perlu la dress up ke Mydin. Tak payah tepek make up tebal2, less is more. Pakai yang original je walaupun tak seberapa, janji tak kena kutuk sebab pakai baju Petaling Street.

p/s: Aku akan ingat minah ber t-shirt "Prada" tu sampai bila2... Pandang jeans ngan selipar aku cam takde class, Levi's ok... Ori...

Friday, 18 December 2009

Melayu Ka? Cina?

Entah la.... Tu la dilema aku dari sejak lahir lagi... Aku bangsa Melayu berketurunan Cina... Boleh pulak kan... ish2... Bila berlaku perkara yang menyetuh sensitiviti kaum, aku rasa macam berbelah bahagi... tak tau la nak sokong yang mana... Kadang kadang kalau diperhatikan, dua-dua belah pun sama jer... Sampai satu tahap aku malas nak amik kesah... boleh tak aku nak jadi orang lain? Bukan Melayu bukan Cina?

Boleh!
Jadi orang MALAYSIA!

Bukan aku nak menidakkan keturunan aku... Aku bangga jadi anak berdarah campur... Tak ramai orang yang boleh mengalami dan menyelami 2 budaya dalam masa yang sama...

Tapi bila berlaku sentimen perkauman, yang terbaru sekali... Berlaku dalam lingkungan U sendiri... Semua ni berlaku bila masyarakat dah tak reti menjaga tatatertib dan had-had tertentu... Menghentam orang tanpa menjaga adab dan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain... Sekarang siapa yang susah? AKU JUGAK! Dah tak tau nak menyebelah siapa. Tapi dalam hal kerkenaan perlakuan Ong S**** Y*** dalam Facebook memang terang lagi bersuluh yang dia dan kawan kawan dia yang bersalah...

Bila dah tau sesuatu komen dalam status yang agak sensitif, tolong la delete... Bagi aku, meninggalkan komen-komen macam tu seolah-olah sengaja mencari pasal... Kau sebagai mahasiswa tolong la behave seperti seorang yang layak masuk ke menara gading... Walau tak semenggah mana pun perangai, jangan lah sampai terbawa ke Facebook yang sah-sah akan tersebar macam H1N1 yang sememangnya berpunca dari ba-alif-ba-ya...

Kita belajar Hubungan Etnik, TITAS, Kenegaraan cuma sekadar untuk memenuhi syarat Teras Universiti, CGPA dan jam kredit... sedangkan kita tak pernah mendalami apa misi, intipati dan matlamat utama subjek-subjek ni diwajibkan di semua IPTA... bukan sekadar untuk mendapat tips, carry mark yang tinggi dan dapat A... Bukan bertujuan menimbulkan sentimen perkauman, memperkatakan soal ketuanan, hak istimewa dan lain-lain... tetapi untuk mengenali antara satu sama lain dan menimbulkan toleransi...

Kenapa ayah aku, Cina dan mak aku, Melayu (ok fine, Jawa) boleh hidup bahagia? Ayah aku tak pernah menyoalkan tentang ketuanan Melayu atau hak istimewa Bumiputera. Mak aku tak pernah menyoalkan, kenapa kaum Cina boleh hidup senang-lenang walaupun tak diberi hak istimewa seperti Bumiputera. Mak dan Ayah aku tak pernah menyoal cara hidup bangsa masing-masing... Kenapa mereka boleh?
Jawapannya senang dan ringkas....

Ayah dan mak aku menolak ketepi soal bangsa, kaum, etnik atau apa-apa saja yang menjadi penghalang. Bangsa, kaum atau etnik bukan persoalan utama... Tetapi apa yang ada dalam hati....  Jangan biarkan anasir-anasir luar menjadi pengaruh minda... Dan pengaruh-pengaruh itu datang dari bangsa sendiri. Ya! Orang Melayu pengaruhi orang Melayu, orang Cina pengaruhi orang Cina... Begitu juga kaum2 lain. Semuanya hanya untuk kepentingan diri sendiri...
KETEPIKAN!

Jika mak dan ayah aku boleh, kenapa kita tidak?

p/s: Fikir dahulu sebelum bersuara. Lidah lebih tajam dari pisau... Kata-kata lebih berbisa dari racun...

Thursday, 10 December 2009

Down Giler Tahap Lurah Dendam

TIDAK!!!! 
KENAPA MARKAH 
R.A AKU MACAM NI!!!!

 *down yg sgt2...

p/s: nak pegi Baskin Robbins makan ice-cream 1 pint sorang2... ;-(

Wednesday, 2 December 2009

Perlu Ke Balik???

Argh!!! Benci tul... Baru nak start topup lemak dah kena balik Tganu... Tapi takpe, akan ku tabahkan hati ini sebab tinggal 1 semester je lagi untuk bergraduat... Pastu, astala vista bebeh... Tak payah nak pening2 kepala pikir pasal  assignment, test, presentation, kuiz, lecturer... Hahaha!!!

Tapi pastu kene pening2 kepala pikir camne nak bayar balik pinjaman PTPTN... Kalau la CGPA aku First Class Honor, tak payah nak mengeluh kena kerja jadi promoter...

Tu la padan muka, dalam lecture hall duduk kat belakang. Tutorial "rujuk" kawan punya. Pilih tajuk FYP yang merapu jer. Masuk U gaduh ngan pompuan... Tapi kalau dah pompuan yang PERASAN vogue cam Blair Waldorf dan mengambil Mean Girls sebagai inspirasi untuk menjadi popular, sape yang tak benci... Tolong la wei, Blair konon... Enot boleh la... HAHAHAHA!!!

*Hentikan kemerepakan ini Fauzee...

p/s: Aksi bila sampai masa nak balik Tganu...

Main nyorok2 bawah carpet... Kalau tak jumpa, takyah balik Tganu... :P

Wednesday, 11 November 2009

Malatopz!

Hari ni aku nak uji mata korang... Kalau korang boleh agak apa yang akan aku cakap... Gua tabik sama lu la beb!!! Apa2 hal pun... Che-Che-Check it out!!!



Lepas dah kesat air liur korang yang meleleh-leleh tu, klik kat bawah ni kalau nak tau yang lebih lanjut...
Ok... Ok... Cool down... Jangan "up" sangat... Tak pasal lak kang... bahahaha!!!
Korang dah tengok video tadi?
Dah? Bagus!
Hot kan?
Cutting body memang da BOMB...
Muka pun comel... Sooo SHWEET~~~
Sangat hot...
hingga mampu meluruhkan jantung yang berdetak kencang...
Nama dia Treechada Marnyaporn a.k.a Poy

Tapi.......


Jangan terpedaya dowh... Aku hampir nyaris terjebak korang... Mati-mati aku ingat minah ni "minah"....YES! Kenapa perlu double inverted coma? Bahahaha!!! Sebab minah ni sebenarnya transexual...

AWWW!!! Sentap MAK!!!


Ni bukan first time aku tengok baps... Tapi memang pelik la... Dalam banyak2 baps yang pernah aku nampak (statement kontroversi), memang tak dapat disangkalkan baps Siam memang yang paling MANTOP!
Bak kata baps2,

"NOK!!! KAU MEMANG MALATOPS!!!"


Tak percaya? Pergi Google name die... Tak pun kalau dah "gersang" sangat (x bleh blah) klik je la kat sini Treechada Marnyaporn.

Makin ramai la kaum Hawa yang makan hati...

p/s: kenapa baps kat Malaysia macam tak cukup suntik hormon jer? bahahaha!!!

Wednesday, 4 November 2009

RAKSASA!!!

ADA RAKSASA KAT LAPTOP AKU!!! TLG ULTRAMAN! SUPERMAN! BATMAN! GABAN! SAILORMOON!(APAKAH?) Alamak! Abis la laptop aku! Menakutkan dowh! Seram aku tgk... kalau berani korang klik la bwh, aku siap upload gambar die... Ada bran!?

Scroll bawah...






Bagi suspen sikit...
































Sekali Cookie Monster da~~~ HAaaHAahahaAhahahahhaha!!!!

Merapu Lagi...

Macam2 ragam manusia ada kat dunia ni... Betul la ape org kate jauh perjalanan luas permandangan... Macam2 rupa orang kita boleh jumpa... Ada yang lawa, ada yang handsome (perlukah statement tersebut), ada yang lawa dan hot, ada yang hot tapi tak lawa, ada yang tak hot tapi perasan hot, ada yang perasan most-wanted (padahal xde org pandang pun)...

Kadang2 aku pelik, semakin kita dewasa dan berhijrah study di tempat tertentu dan kita anggap golongan2 sekeliling kita berfikiran dewasa. Kira dah matured, akil baligh bukan mumayiz lagi (wah! Islamic term), jerawat merata dek penangan tensen final exam. Tapi disebalik semua tu, ada yang belum matured pun. Fikiran macam kanak-kanak yang memekak paksa mak beli ice cream Corneto yang paling marvelous lagi meletop (cam penahku lihat)... Tapi adakah perasan childish atau selfish?

Lu pikir la sdr... Sape makan cili die yang balun air buah gelas besar gile babeng... Kadang2 aku tergelak sorang cam orang tak betul bila pikirkan perangai diorang ni. Walau apa pun, bak kata orang, kita belajar daripada pengalaman. Setakat ni memang banyak yang dah aku belajar dan aku TAK NAK alami benda yang sama lagi. Ayat skema penah menyatakan, cermin itu refleksif, jadi picit la jerawat korang kat situ. Eh! Silap! Cermin la diri sendiri sambil picit-picit jerawat tu... Jerawat? Apakah? Padahal muka sdr pun penternak jerawat berjaya... Haish!!!! Tak mampu beli Clinique dek non!!!

Itu citer pasal orang lain. Lain pulak citer orang lain. Apa bodoh punya ayat. Maap la, SPM BM dapat A2, itu jer yg termampu... Haish! Ok, back to the story. Mcm tadi ada yang perasan hot or most-wanted or apa2 yang sama waktu dengannya. Ada juga orang yang tak boleh hidup tanpa mengambil belangkas menjadi inspirasi hidup. Inspirasi tu!!! Inspirasi alam! Ahakz! Macam belangkas, orang yang hidup bercouple tak boleh berenggang sampai satu tahap perlukan kau publish di wall FB couple ko, padahal kat depan mata je kot. Jealousy? Oh, tidak! Jauh sekali. Bila berbicara tentang cinta, bagi aku biarlah Tasteful. Betul kata orang, kalau bukan sekarang bila lagi. Bagi aku, bila bercinta, mesti ada certain restrictions. Buat masa ni aku tak mampu nak ikut restriction tersebut. Bagi aku, for now, aku masih boleh survive tanpa cinta. Kenapa? Sebab aku berlajar dari pengalaman. Ahakz! Pasni jangan nak menggatal, segala soalan2 tidak akan dilayan. Biarlah pengalaman menjadi sejarah yang tak perlu diulang2 lagi cam dlm buku teks Sejarah Form 3.

Pernah orang tanya aku.
Minah: (bukan nama sebenar) Ko ni player kan?
Fauzee:(seperti dlm IC) Player? Mane ade... Aku mane kuat main. ( ehem, main hati) hahahaha!!!
Minah: Eleh, yang ko ngan Joyah ngan Peah tu ( bukan nama2 sebenar). Dah2 la wei, jangan main dengan feeling orang. tak bek tau...
Fauzee: Ke kau yang ada feeling ngan aku? 
Minah:....
End of Conversation...

Alahai dek non!!! Sejak bile lak aku aku player ni? Playar aku tau la. Serious s**t la, aku bukan terdesak untuk memainkan hati orang. Kalau aku nak mainkan hati orang, dah lama buat kot. Dah la 3 jantan pingitan je dlm course aku. 2 la, yang sorang tu dah tak available. Ahaks! Dah2 la wei, jgn nk mengada2 sebar fitnah pasal aku. Aku insan yang innocent lagi sejati. Buat susah2 korang je tambah pahala aku dikala mengumpat pasal aku. Hahahaha!!! Penat abang, dek non!

p/s: Ish3! Aku semakin merojakkan blog tahap cikgu BM tak mengaku anak murid. Ampun, Pn Rosmini!!! Hanya A2 yang termampu... Ahakz!

Monday, 2 November 2009

Presentation Paling Hampeh

Ye... percayalah!
Paling hampeh!
Ulangan suara - Hampeh...
Sebut betul2 - HAMMMPEHHH!!!...

Kali pertama bentang sesuatu yang langsung aku tak paham... Apakah? FYP or PITA... Yang tak pernah-pernah aku gugup yang amat tahap langit 7 tingkat... Konon nak present dalam English la, skali terbelit-belit lidah... Nasib baik dapat sebut betul...

Dari reaksi Dr Fatah, nampak sangat dia tak paham apa yang aku present... AMPUN DR FATAH! Saya hanya copy paste method dari 3 journal. Jgn rejam saya... huhu~~~
Tapi yang peliknya, kenapa Dr Fatah tak tanya soalan? Yang lain punya puas la kene sembur, sampai turn aku senyap je... Cuma " For Expected Result, 1st and 2nd you gabung. Then tambah 1 lagi."...
Tu je ker Doc? Trima kashih!!!

Monday, 26 October 2009

Couple Ngan Aku Nak?

Kenapa kau chumil sgt...
Aduh! Bibir kau yang mungil membuat ku tak keruan...
Body mantap...

Mata menusuk di kalbu...
Lenggok badan kau yang mantap...
Membuat aku tak jemu memandang...

Tapi satu jer yang tak berkenan...
Kau lebih tinggi dari aku...
Tapi tak aku kesah...
Sedangkan rocker terkenal pun ber-awek-kan Top Model...
Bak kate orang Golden Oldies, murah rezeki suami... huhu

Alahai... Doutzen Kroes!!!



Mantap~~~


Waiting for me baby? Ahaks!


Pose ala2 manja gitu...


 Men jeling2 lak... Cium kang... hehehe!!!
  
Kalau awek korang semantap, seseksi, sechumil Doutzen Kroes sila lah buat aku jeles... Tapi kalau takat awek dye rambut cam mandi air karat x payah la.... hahahah!!!!

Apsal aku perasan sgt hari ni... Adoi!

Kalau korang bajet muslimin dan muslimah sila JGN klik di bawah...





Sekseyyyy!!!
p/s:
1. Pasni konpem kene cop miang...
2. STUDY LA WEI!!! sok double paper kot!!! *sebut style CT Nazi MK*... Nazi? AMPUUUNNN!!!!

Wednesday, 21 October 2009

Kesepetan

Mata ku makin menyepet dari sediakala yang memang dah sedia sepet... Mari kita tengok sebab2 kesepetan yang melampau ini berlaku...

1. Study untuk test RA yang seperti biasa bila nampak jer kertas soalan terus mencarut. Ampun Dr Zabidin! Mmg saya yang kurang pandai...:

2. Tak tido petang/nap semalam sebab study untuk test RA. Kesimpulannya, patut tido sebab tiada perbezaan bila study atau tidak.

3. Petang semalam diceriakan dengan menonton Saturday Night Live(SNL) instead of tido. Lawak SNL mmg sengal but I LIKE! hahaha!!!

4. Test kul 8pm. Cubaan untuk "merujuk" jawapan kawan gagal sebab diorang pun tak reti buat.

5. Malam hari dihabiskan untuk siapkan Tutorial RA yang dah pending berkurun lamanya. Usaha buat sendiri gagal dipertengahan jalan dan terus "rujuk" Tutorial orang lain. Ish2. Bijak2!

6. Sambil buat tutorial sambil minum teh. Cewah, cam omputeh. Siap "buat" tutorial langsung x dapat tidur. Terima kasih Lipton. (T-T)

7. Sebab x dapat tidur so tgk movie... hahaha! Pak Cik suko!

8. Dekat kul 4 baru tidur.

9. Kul 8 dah bangun. Ada class mengejut(opocot!) Business Acc. Terkezut la sgt.

10. Kepala start berpinar, adakah masih berada di awangan?

Natijahnya(cam wat essay Pengajian Am lak), berlakulah kesepetan yang agak melampau walaupun dah sapu L'Oreal Hydra Energetic Turbo Booster. Penipu punya promoter Guardian!

p/s:
1. baru balik dari class. Nak tido or baca OP. Ade Oral Test petang kang. (T-T)
2. L'Oreal je la. Nak beli Clinique or Lab Series tak mampu. Sape yang baca dan pakai bendalah tu sila lah terasa. hahaha!!!! ZZzzzz~~~

Monday, 19 October 2009

Mari Merapu Meraban

Adoila! Kenapa sume pekara muncul serentak... Sungguh menyengalkan otak yang dah sedia tepu sampai cam nak termuntah. Nasib baik proposal FYP dah hantar.

Ye... FYP... Selepas berbulan-bulan(berbulan la sgt) bertempur... Mendengar Dr Fatah bagi lecture pasal Fuzzy Logic dengan contoh-contoh dan analogi bernas beliau. Antara analogi yang beliau bagi,
1. "Andaikan you(you, I, ok! haha!) nak buah kelapa. Ada macam2 cara you boleh dapatkan buah kelapa. You panjat pokok petik sendiri. You bela monyet, train monyet tu suruh petik(Apakah?). Atau pakai crane."

Baik lah dr! Analogi yg sgt bernas (T-T)

2. "Contoh application of fuzzy logic. Ada macam-macam. Let say, kita nak ukur kecantikan seseorang tu. Dalam cantik tu ada berapa cantik? Kalau cantik, berapa buruk dia? Adakah 0.8 cantik dan 0.2 buruk? Fuzzy logic boleh apply kat macam2."

Much thank you la dr... *nada sadis*

3. "Buat proposal ni senang jer. Macam awak lukis gajah. Lukis ni sikit, lukis tu sikit (sambil conteng2 kertas). Tambah kaki 4, tau2 dah ade rupa gajah. Kalau you tgk, berapa mirip gajah yang saya lukis? Kat sini pun fuzzy logic jugak"

Baik lah!

4. "You tak perlu risau la. Proposal ni dalam 3 hari pun boleh siap"

3 hari la sgt. Akak CC tu dah kaya dah aku asyik print jer keje aku.

Selain itu, kunjungan korang ke bilik Dr Fatah takkan lengkap kalau beliau tak x citer pasal Kamarul. Haish! Aku rasa setiap kali aku jumpe kot. Ada jer citer pasal Kamarul. Kamarul pecahkan loceng rumah dia la, Kamarul x berapa center(jahat nye aku!), Kamarul dapat A for die punya FYP proposal(Mak Oi!), Kamarul repeat 24 credit hours in one sem(Gilak!)... Bak kata super senior, selagi tak x citer pasal Kamarul, tu bukan penghujung lecture die. Silap hari, Dr tunjuk hammer siap... hahahha!!!

Walau pepe pun, Dr Fatah memang terbaek la. Tak kesah pun kalau tak jumpe tiap2 minggu discuss pasal FYP. "Kalau tak datang jumpe, saya assume you tau buat la(sambil tersengih)". Bek lah! Lagi satu, kalau mintak dia check proposal, jangan harap la dia nak check spelling, margin dan pepe lagi. Cume tgk tajuk, method dan intro sikit2. Yang lain2 tu, kene "kau tim" sendiri. Nasib bek kesempoian beliau semakin menjadi2. hahaha!!! suke jap...

Selepas mendengar lecture dan meniru sikit online journal, akhir! siap gak proposal aku. Tapi ada 2nd reader lak. Apa lak 2nd reader akan mencarut pasal proposal aku... (-.-")

p/s:
1. Ampun Dr Fatah!!! Selamat Hari Raya!(dah hujung kot) *sambil mintak ampun cara aerobik yg CT Nazihah Mk ajar*

2. Koncert Beyonce kene postponed! AKU SUKA!!! padan muka!!! kalau aku tak dapat pegi, sume tak dapat pegi!!! hahahaha!!! *nada dengki*

Tuesday, 15 September 2009

Raya oh Raya...

YEAH!!! Sok balik!!! Kat dalam kepala aku asyik terbayang nasi impit ngan kuah lodeh, pastu lemak Atuk Leman (lemang terbaeek punya) ngan rendang daging pastu kuih cornflake madu... Alamak~~~ Menusuk dikalbu daaa!!!

Malas lak nak kemas baju... meh sini sape yang nk duit raya! aku bagi 2 hengget, tolong kemas beg2 aku... hahaha!!!

p/s: buat-buat takde assignments padahal melambak2 kalau tengok memang muntah darah

Saturday, 18 July 2009

Hari Yang Membosankan

Hari ni aku istiharkan sebagai hari yang sangat membosankan...

Aktiviti hari ini:
1. Bangun pukul 8.10 pg (terima kasih pada ayam siapa ntah, memekak pagi2 buta)
2. Basuh muka, gosok gigi, jerang air
3. Masak maggi (lapar lak...)
4. Check email, facebook dan twitter... Baca surat khabar online (buat apa beli, membazir kertas)
5. Pukul 1 lebih, masak lunch (aku masak, ok... tak main la bungkus2... lol)
6. Lepas makan, sambung online...
7. Online... online... online dan online... ( kebosanan tahap tapir dalam kandang)
8. Tidur pulak... layan mp3 terus lelap...
9. Pukul 5 bangun...
10. Sambung online balik...
11. Nak dekat Maghrib... mandi dulu...
12. Solat...
13. Makan...
14. Online...
15. Online...
16. Baru teringat nak book ticket flight (untuk Raya... awal giler tempah- pak cik suko... hahaha)
17. Tunggu TAC dari CIMB Click...
18. Masih tunggu...
19. Dah berjanggut tunggu...
20. WOI MANGKUK!!! BILE NAK HANTAR TAC AKU!!!!
21. Call CIMB Helpline...
22. Operator jawab call... nasib baik cepat, kalau tak memang sah kena maki... (RHB semalam dah kena, padan muka!!! siapa suruh tidur masa kerja)
23. Aku tanya operator apa pasal tak hantar TAC lagi...
24. Operator jawab "Mr Fauzee, since today is weekend your TAC delivery will be delayed" (dengan pelat Melayu...)
25. Dalam hati dah mula mencarut...
26. "Bila nak send?" aku tanya...
27. "Kena tunggu la..." dia balas...
28. "*Nate mu... nak tunggu sampai kiamat?" nasib bek sebut dalam hati...
29. Aku terus letak telefon...

*Nate mu - maki dalam loghat Kelantan... nak tau, tanya la ore Kelate... huhu

p/s: homework Account belum buat lagi... adoi!!!

Friday, 10 July 2009

Bila Dua Minah Berbicara...

Lama betul aku kat update blog ni... Biasa la.... Hidup sebagai mahasiswa ni macam roller coaster... Kadang-kadang free, kadang-kadang sibuk sampai tak reti-reti nak tidur... Tapi aku tak pernah lagi tinggalkan rutin tetap aku... Jogging... walaupun tak selalu, sekurang-kurangnya mesti 3 atau 4 kali seminggu... itu pun kalau assignment tak banyak...

Setiap kali aku jogging macam-macam orang aku perhatikan... tu pasal aku suka jogging kot... haha... sambil-sambil tu boleh cuci mata sekali... Cakap bab cuci mata, setiap kali aku jogging memang cuci mata la... kadang-kadang tu terlebih cuci sampai pedih mata...

Aku selalu jogging di Lake Garden. Masa tu lepas je office hour (masa tengah buat LI) aku dah siap salin baju aku terus Lake Garden buat warm up dulu, nanti kaki kejang tak tentu pasal pulak... Simple warm up, cuma jalan kat track dalam 5 minit sebelum mula jogging... Seperti biasa, aku tak boleh jogging kalau takde Walkman. Dah la jogging seorang-seorang kalau takde Walkman memang bosan gila...

Lepas dah warm up, aku terus start jogging... dalam lima minit baru start jogging tiba-tiba.... Ada la 2 orang minah zaman sekarang lalu, nak jogging jugak... dress up mengalahkan non-Malay - seluar yang sangat pendek dan ketat, baby tee sedat dan rambut perang macam JLo... no prejudice, itu hak masing-masing... memang terbantut kejap niat nak jogging... aku buat-buat nak cool down, konon baru lepas jogging... aku ikut je dari belakang... Aku dengar je apa yang diorang bualkan... Aku bukan la suka sangat jaga tepi kain orang, tapi kalau dah cakap kuat-kuat aku pun dengar je la...

Minah A: Orang lelaki sekarang bukannya boleh percaya sangat... Hopeless...
Minah B: Ala, memang camtu... Lelaki Melayu lagi tak guna... (statement yang panas)
Minah A: You know what, last night I pergi clubbing... tiba-tiba ada mamat seorang ni nak *tuut*... and I was like, ewww... Please la, I tak main la lelaki camtu. Takde class langsung...
Minah B: Biasa la tu... lepas minum pastu high la, apa lagi...
Minah A: Yuks... Geli jer... Not my taste...

Aku cepatkan langkah, sambung balik jogging... bingit sekejap telinga dengar minah dua orang tu bercerita... Mereka ni ingat aku dengar Walkman, tak dapat dengar la apa yang mereka kutuk... Walaupun aku tengah dengar Walkman tapi apa yang keluar dari mulut mereka agak jelas jugak
Betul ke statement diorang? Adakah lelaki Melayu tak guna? Kuat clubbing dan minum arak?

Tapi persoalan yang lebih tepat, kenapa minah sekarang macam ni? Kalau lelaki Melayu bukan taste mereka, siapa lagi yang nak kat mereka? Mat Salleh? Mat Indon? Mat Bangla? Walaupun bukan semua perempuan Melayu macam tu tapi yang macam mereka ni lah yang terlebih "menyerlah" kehodohan perangainya. Wanita zaman sekarang macam mereka ni lebih berani melontarkan komentar dan pendapat tentang lelaki tapi jarang aku dengar lelaki bercerita tentang perempuan. Takat cerita sikit-sikit ada lah tapi bukan sampai ke tahap yang agak extreme.

Walaupun aku bukan lelaki Melayu pure (darah campur), tapi terasa juga di hati... kalau orang lain dengar, kena maki hamun terus agak nya... Sebenarnya, apa masalahnya? Siapa yang bersalah? Perlu ker budaya kutuk mengutuk ni? Kalau tak suka cakap je la face to face, tak perlulah nak mengaibkan kaum lain...

Macam mana yek?

Wednesday, 3 June 2009

...Bila Orang Tak Kesah...

Banyak benda yang aku tak kesah...
Orang nak mengumpat pasal aku... aku tak kesah
Orang nak tikam dari belakang... aku tak kesah
Orang sebar fitnah tentang aku... aku tak kesah

Nak tau kenapa aku tak kesah?

Bagi aku takde sebab aku nak kesah dengan masalah orang. Mengumpat, tikam belakang, sebar fitnah - BUKAN MASALAH AKU. Siapa lah aku nak tutup suara-suara "kera" di hutan. Apa yang diorang buat, tu antara diorang dengan Allah SWT. Biar yang lebih berhak untuk menghukum jalankan apa yang patut. Wallahualam...

Tapi, apa akan jadi bila orang lain yang tak kesah? Tak kesah dengan sekeliling... Buat apa saja yang terlintas di fikiran. Tak bertimbang rasa dengan orang lain.

Bila kita tengok wayang, kita harapkan satu perasaan puas di hati. RM10/8/6 yang kita belanjakan berbaloi dengan apa yang kita tonton. Kadang-kadang, rasa puas tu bukan hanya datang dari wayang yang kita tonton tapi keadaan sekeliling juga.

Malam semalam, entah macam mana, hati tergerak pula nak tengok wayang. Aku, Nick dengan Ding Jun tengok Terminator Salvation kat TGV, pukul 11.05pm, besok kena bangun pukul 6 pulak. Padan muka aku. huhu.... apa2 je la...

Kita balik ke persoalan tadi, apa akan jadi bila orang lain yang tak kesah. Ceritanya bermula di sini. Tapi sebelum tu, aku percaya korang pernah alami perkara ni atau memang korang pun orang yang tak kesah tu. Memandangkan semalam adalah cubaan aku yang ke-4 nak tengok wayang tu, berkobar-kobar juga hati.

Macam kebanyakan filem-filem dari US - sound effects, graphic - memang jangan cerita lah. Bukan aku tak sokong filem tempatan, tapi kalau dibagi pilihan, memang jadi kelaziman aku lebih cenderung tengok filem US. Mana ada filem tempatan bergenre thriller atau action. Bak kata Nabil, "lu pikir la sendiri..."

Wayang start pukul 11.15pm, dengan penuh semangat aku tengok pembukaan Terminator. First impression, memang best... 15 minit kemudian, masuk la makhluk Tuhan seekor ni duduk sebelah aku, tak kenal pun. Dah lah masuk lambat, memekak pulak. Potong stim betul. Bab ni memang AKU KESAH!!!

20 minit kemudian, tiba-tiba, *sok sek sok sek*... Ada pulak sound effect tambahan, tak habis-habis memekak dari tadi. Nasib la badan duduk sebelah *lala'ni. Apa lagi, "SssyyyYYyy!!!!". Senyap sekejap. Sekejap je...

Setengah jam kemudian, sound effect tambahan masih kedengaran. Kalau cakap senyap-senyap takpe jugak, memang *typical orang Cina. Cakap tak reti nak kawal. Tangan siap melayang-layang. Tak habis-habis *pokpek. Amarah di hati makin menebal.

Dah tak tahan punya pasal, "EXCUSE ME!!! I'M WATCHING!!!". Padan muka korang. Aku malukan diorang masa tu jugak. Rasa macam nak bagi penumbuk je masa tu. Senyap je, lepas tu... lala tu letup-letupkan jari dia. Dalam hati, "Ek eleh, ko apahal? Badan pun macam cicak kubing..."

Walaupun hati *bengkek masa tengok wayang, tapi aku tetap rate Terminator Salvation ni 4 1/2 bintang... Review aku, ini pendapat aku la. Aku rasa hero yang sebenar untuk filem sequel Terminator ni - Marcus Wright, Cyborg yang direka untuk perangkap John Connor... Bagi siapa yang dah tengok, korang mesti tau kenapa...

p/s:
lala - budak kaum Cina yang suka dress up bukan-bukan(perangai pun bukan-bukan). Contoh, pakai seluar yang banyak tali bersimpang-simpang, berjurai. Pakai baju ada glitters pastu bercarik-carik macam kena cakar kucing. Rambut kalau tak merah mesti blonde.

typical - bukan bertujuan mengutuk kaum Cina, aku pun Cina juga. Tapi memang menjadi kelaziman budak Cina yang tak educated sangat, masa cakap tak reti nak berlapik.

pokpek
- memekak, buat bising

bengkek
- hati rasa geram+marah+sengal+menyampah sampai tahap nak belasah orang.

Monday, 1 June 2009

Nukilan Pertama

Setelah sekian lama ber-blogging dlm BI, akhirnya aku ada jugak blog dlm BM. Bukan bosan dengan blog pertama aku tu tapi kadang kala nak jugak beralih arah buat seketika. Nk merasa mcm mana tulis blog dlm BM. Nnt ada yang kata aku ni syok sendiri pulak tulis blog BI padahal mak Jawa, ayah Cina.

Biarlah orang nak ckp apa pun asalkan aku berasa puas. Puas menulis apa yang ada di hati.
Biarlah apa orang nak comment, janji aku bahagia.

Satu perkara yang orang perlu tahu, aku tak pernah berselindung disebalik penulisan aku. Apa yang terpapang di screen, itu lah aku. Jangan cepat terasa dengan komentar aku, hanya jujur ikhlas dari hati aku.

Itu saja dari aku buat masa ni...
-f@uzee-